Selasa, 20 Mac 2012

Komitmen Anggota Rela Diiktiraf @tunfaisal @HisammuddinH20


Komitmen tinggi ditunjukkan anggota Ikatan Relawan Rakyat Ma-laysia (Rela) Mukim Kuala Pahang 2 bukan sahaja dihargai dan diiktiraf pucuk pimpinan, malah masyarakat. Anggota dikenal pasti aktif dan sentiasa memberikan komitmen terbaik kepada arahan pegawai serta tugasan dipertanggungjawabkan diberi kenaikan pangkat sewajarnya. 

Pegawai Rela Daerah, Leftenan Kolonel (Rela) Jannah Ismail berkata, Rela Mukim Kuala Kuantan 2 antara pasukan terbaik di sini. Menurutnya, sebagai pe-mimpin tertinggi Rela Daerah, beliau amat berpuas hati dan berbangga dengan sikap anggota yang sentiasa mematuhi arahan serta menjalankan tugas penuh tanggungjawab. “Prestasi terbaik anggota membantu mengangkat martabat pasukan Rela di mata masyarakat sehingga peranan kita semakin dipandang tinggi,” katanya. 


Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Pemakaian Pangkat kepada 33 Anggota Rela/Relawati Mukim Kuala Kuantan 2 di sini, malam semalam. Turut hadir, Mejar Kehor-mat Rela, Che Kamaruzzaman Che Ahmad, Penolong Pega-wai Rela Daerah, Mohd Arbi Hasyim dan Ketua Perhu-bungan Rela Mukim Kuala Kuantan 2, Kapten Rela Mohd Sarip Harun. Jannah berkata, anggota yang menerima kenaikan pangkat diingatkan supaya menjalankan tugas lebih baik kerana pangkat itu turut disusuli dengan tanggungjawab lebih besar. 

“Kepada anggota baru dan belum menerima kenaikan pangkat, peluang mereka tetap ada. Tetapi, mereka perlu menunjukkan prestasi terbaik dalam setiap tugasan diberikan,” katanya. Sementara itu, Ketua Perhubungan Rela Mukim Kuala Kuantan 2, Kapten Rela Mohd Sarip Harun turut mengingatkan anggotanya supaya menjaga nama baik platun dan sentiasa mematuhi arahan pegawai. 

Menurutnya, cabaran dihadapi Rela semakin hebat, malah peranan pasukan itu sentiasa diperlukan 24 jam untuk bantu pihak berkuasa. “Setiap anggota perlu menjaga disiplin kerana pasukan ini semakin hebat, Martabat kita juga semakin tinggi,” katanya. Mohd Sarip berkata, Rela Mukim Kuala Kuantan 2 mempunyai 22 platun dengan keanggotaan lebih 1,000. 

“Pada majlis malam ini (kelmarin), seramai 33 anggota dari Platun Kampung Razali, Taman Tas Ria, Kampung Pandan 1, Kem Batu 10 dan Batu 12 menerima kenaikan pangkat. “Tiga anggota menerima kenaikan daripada Leftenan Muda kepada Leftenan, manakala bagi setiap platun, seorang dinaikkan pangkat kepada Leftenan Muda (ketua platun), satu Sarjan dan empat Koperal,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...