Rabu, 14 Mac 2012

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan Berkata Keluarga Shahrizat Belum Didapati Bersalah


Pemimpin Umno menolak gesaan supaya Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan dalam parti, dan menegaskan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut mengekalkan kerusi Presiden PKR walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan menyalahgunakan kuasa. 

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata kepada pemberita bahawa keluarga Shahrizat belum lagi didapati bersalah terhadap sebarang salah laku tapi beliau sudah memutuskan untuk meletak jawatan daripada Kabinet berkuatkuasa 8 April depan apabila tamat tempoh penggalnya sebagai Senator, namun beliau mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Wanita Umno. 


“Apabila Anwar dipenjarakan, Wan Azizah meneruskan jawatan sebagai Presiden. Mereka (keluarganya) hanyalah dituduh, belum lagi didapati bersalah. Jadi mengapa meletak jawatan?” kata Timbalan Menteri berkenaan merujuk kepada pertuduhan penyalah gunaan kuasa oleh Anwar pada 1998 selepas di singkirkan daripada jawatan timbalan Perdana Menteri. 

Shahrizat pada November lalu turut mendesak Dr Wan Azizah meletak jawatan sebagai Presiden PKR atas kesalahan jenayah yang dilakukan suaminya sekiranya beliau dipaksa meletak jawatan sebagai menteri terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang bernilai RM250 juta. 

Datuk Ahmad Maslan turut menambah hari ini bahawa Ketua Wanita Umno itu mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat disebabkan kontroversi terhadap kerajaan, bukannya parti. “Beliau membuat keputusan tersebut kerana beranggapan perkara itu akan memberikan kesan kepada kerajaan persekutuan,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...