Jumaat, 23 Mac 2012

Kerajaan Negeri Selangor Banyak Buka Pusat Judi Dalam Selangor


Berselindung di sebalik perniagaan pusat siber, dua premis yang menjalankan kegiatan perjudian haram disita dalam Operasi Pusat Siber Tanpa Kebenaran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). 

Penolong Pegawai Penerangan MDHS, Junainah Abdullah berkata, premis berkenaan masing-masing beroperasi secara haram di Taman Paik Siong dan Taman Samudera. “Sebanyak 58 unit komputer berjaya dirampas dari kedua-dua premis, mereka didapati menjalankan operasi pusat siber tanpa kebenaran MDHS dan menyalahi Seksyen 3 dan disita di bawah Seksyen 28 (1) Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber MDHS 2004,” katanya. 


Difahamkan, ketika operasi yang disertai 28 anggota dari Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan MDHS itu dijalankan, alat pemotong terpaksa digunakan untuk membuka pintu premis yang berkunci. Malah, kamera litar tertutup (CCTV) juga diletakkan di kawasan strategik bagi memantau kehadiran penguat kuasa. 

Pengusaha premis juga dipercayai menggunakan beberapa taktik bagi menarik perhatian pengunjung termasuk tawaran bonus maksimum ala-ala casino jackpot. Sebelum ini, serbuan MDHS di sekitar Bukit Beruntung, Bukit Sentosa dan Batang Kali serta Hulu Yam berjaya mengekang beberapa premis yang menjalankan kegiatan perjudian menggunakan modus operandi sama. 

Walaupun sesetengah pengusaha premis dapat mengesan kehadiran penguat kuasa, namun MDHS dapat menyita peralatan yang digunakan untuk melumpuhkan kegiatan perjudian di kawasan itu. Junainah berkata, operasi itu antara usaha berterusan MDHS dalam melumpuhkan kegiatan perjudian dengan berselindung di sebalik pusat dan kafe siber.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...