Khamis, 22 Mac 2012

Kekasih Di Kurung Dan Dijadikan Hamba Seks


Seorang lelaki sanggup mengurung kekasihnya di hotel bajet di Jalan Haji Taib 3, Chow Kit, di sini selama seminggu sejak 9 Mac lalu untuk dijadikan hamba seks. 

Bagaimanapun, dengan pertolongan seorang pekerja hotel, mangsa berjaya melarikan diri pada 16 Mac lalu sebelum membuat laporan polis mendakwa dirogol teman lelakinya. Pada masa sama, terdapat satu laporan dibuat bapa mangsa yang menyatakan anaknya itu berusia 32 tahun melarikan diri dari rumah pada 10 Mac selepas mangsa tidak pulang ke rumah. 

Berdasarkan semakan laporan itu, mangsa ditahan sebelum penahanannya dimaklumkan kepada bapanya. Selepas bapa mangsa datang menemui anaknya di balai polis, mangsa dibenarkan pulang bersama keluarganya selepas menjalani pemeriksaan kesihatan. 


Sumber polis berkata, mangsa yang berasal dari Hulu Klang mengikut teman lelakinya itu dikenali sebulan lalu, jam 5 petang, 9 Mac selepas lelaki terbabit mengajak mangsa bersiar-siar di ibu kota. 

“Sebelum keluar bersama lelaki itu, mangsa diminta meminjam RM1,000 daripada ibunya dan dengan menunggang motosikal, mangsa dibawa ke Chow Kit sebelum menyewa hotel bajet di Jalan Haji Taib 3,” katanya.

1 ulasan:

  1. tak da cerita lain yang lebih sesuai ker... ini blog politik ker... blog porno...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...