Selasa, 28 Februari 2012

Rakyat Kedah Tolak PAS dan Sudah Mula Menerima UMNO


Rakyat Kedah perlu menolak kerajaan negeri Kedah pimpinan Pas yang kini sedang menuju kehancuran berikutan parti itu berpecah kepada dua kumpulan yang menyokong Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Pesuruhjaya I, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, keadaan itu menunjukkan rakyat negeri ini perlu menolak kerajaan yang dikuasai pemimpin yang berebut kuasa, pada pilihan raya umum akan datang.

"Rakyat kena buat keputusan betul pada pilihan raya umum akan datang. Seharusnya parti yang penuh dengan masalah hendaklah dipinggirkan,” katanya. 

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah berkata, pergolakan itu akan menyebabkan rakyat Kedah menjadi mangsa sehinggakan tiada rancangan pembangunan dapat dilaksanakan kerana pemimpinnya tidak sehaluan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...