Selasa, 21 Februari 2012

Panas Panas Berapi Benarlah Pegawai Kakitangan Awan Atasan Kerajaan Sertai PAS Dan Menyokong PAS Apa Tindakan KSN

Apakah tindakan KSN apabila terbukti ramai bekas kakitangan awam atasan kerajaan sokong pembangkang



Bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Sudin Sahak dan bekas Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka, Dr Khalid Kassim menyertai PAS.

Mereka menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada program ceramah perdana sempena Konvoi Jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Melaka di Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Telok Mas, malam tadi.

Khalid telah berkhidmat di Hospital Besar sejak puluhan tahun lalu dan menamatkan perkhidmatan sepenuh masa dengan kerajaan sejak beberapa tahun lalu. Sementara Sudin pernah berkhidmat di beberapa buah negeri dan jawatan tertinggi beliau ialah Pengarah Kastam Pulau Pinang.

Mereka berasal dari Melaka dan telah menyatakan kesediaan untuk menyumbangkan sepenuh tenaga kepada perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di Melaka. Video oleh Wan Mohamad Azmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...