Ku Nan Mempertahankan UMNO Janganlah Asik Salahkan UMNO
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas pakatan pembangkang yang seringkali menuduh Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas apa saja kesalahan atau kesulitan yang dilakukan oleh mereka.
Tegasnya, UMNO adalah parti yang mempunyai landasan jelas dari dulu, kini dan selamanya dan tidak akan melakukan pelbagai perkara sebagaimana tuduhan daripada mereka.
"Kalau betul itu adalah perbuatan orang BN/UMNO buatlah laporan polis. Ini perkara yang tak masuk akal dan sengaja diada-adakan kerana nak tunjukkan kononnya UMNO ini adalah pertubuhan yang tidak berguna," katanya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melemparkan tuduhan ke atas UMNO ekoran berlakunya kekacauan semasa Perhimpunan Hijau 2.0 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.
"Ceramah pembangkang di Sembrong gagal pun tuduh BN/UMNO, Badrul Amin kena tangkap khalwat pun tuduh BN/UMNO juga... mana ada kena mengena dengan kita, mereka yang nak buat jadi tanggunglah apa yang berlaku.
Bukan UMNO yang suruh dia pakai towel sebagaimana yang diperkatakan oleh mereka," tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan