Rabu, 1 Februari 2012

KSN Setuju 3 Lagi Anggota Cuepacs Sertai Kajian Khas SBPA

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bersetuju dengan permintaan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya tiga lagi pemimpin kanan kesatuan itu menganggotai pasukan petugas khas semakan semula sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA).

Beliau berkata tidak ada masalah jika mereka hendak menyertai pasukan itu kerana memang menjadi hasrat kerajaan serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendengar pandangan pihak lain yang terlibat.

"Tiada masalah kerana kalau tidak terima mereka sekarang, nanti kita kena menyakinkan mereka juga, lebih baik libatkan mereka dari awal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Majlis Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) di sini.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman pada Selasa berkata permohonan berhubung perkara itu akan dihantar kepada Mohd Sidek esok.

Tiga pemimpin kanan Cuepacs yang dicadang menganggotai pasukan itu ialah Timbalan Presiden 1 Azih Muda , Setiausaha Agung Lok Yim Pheng dan Setiausaha Kewangan Jaafar Mansor.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...