Isnin, 20 Februari 2012

BN Bukan Seperti Parti Pembangkang Yang Hanya Untuk Mendapat Kuasa Politik Bagi Menawan Putrajaya.


Perjuangan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya umum akan datang bukan hanya untuk mendapatkan kuasa politik sebaliknya menunaikan amanah untuk rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, apa yang penting dalam BN adalah untuk memastikan pembangunan secara berterusan dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat. 

"Bila pilihan raya kita perlukan kuasa politik, tetapi kuasa politik itu bukan pengakhiran, apa yang penting untuk kita adalah untuk membangunkan negara dengan lebih berkesan," katanya ketika berucap menutup Konvensyen UMNO Perak 2012 di sini hari ini.


Beliau berkata, BN bukan seperti parti pembangkang yang hanya bermatlamat untuk mendapat kuasa politik bagi menawan Putrajaya. Muhyiddin berkata, seperti di Perak, rakyat merasai sendiri pentadbiran pembangkang selama 11 bulan yang sudah tentu memberi pengalaman pahit dan iktibar. 

Beliau berkata, apa yang dilaksanakan di Perak berkaitan pembangunan negeri dan sosio-ekonomi tidak memenuhi cita rasa rakyat negeri ini. Oleh yang demikian, Muhyiddin berkata, anggota parti perlu bersatu, setia dan berkhidmat bagi memastikan rakyat terus memberikan mandat untuk BN terus menerajui kerajaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...