Selasa, 14 Februari 2012

Benarlah Cadangan SPBA yang Baru Ini Menyaksikan Gaji Ketua Setiausaha Negara (KSN) Mencecah RM 60,000


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu berkata kakitangan kerajaan harus menyerahkan perkara itu kepada kerajaan kerana pendapatan mereka akan meningkat di bawah SBPA dengan panel penyemak yang diketuai oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Ismail Adam.

Panel terbabit yang turut disertai Ceupacs pelindung kepada kakitangan awam mempunyai tempoh sehingga 16 April untuk menyelesaikan semakan mereka.


Cadangan berkenaan yang menyaksikan kenaikan sehingga RM60,000 sebulan untuk Ketua Setiausaha Kerajaan (KSN) sedangkan kakitangan yang berada dalam perkhidmatan sokongan hanya menerima kenaikan serendah RM1.70 telah menimbulkan kemarahan 1.4 juta kakitangan awam - kunci kemenangan kerajaan Barisan Nasional BN - dengan pilihan raya yang dijangka akan berlaku sebelum May 2013.

The Malaysian Insider turut difahamkan bahawa skim itu dirangka tanpa penglibatan Ceupacs.

Difahamkan di bawah SBPA 36 pegawai tinggi dalam “Perkhidmatan Utama” akan menerima gaji sehingga RM36,000 sebulan Timbalan Presiden Cuepacs I Azih Muda telah mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insider dan berkata menyatakan butir-butir itu dinyatakan pada pekeliling rasmi kerajaan Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menangguhkan pelaksanaan skim baru berkenaan berikutan mereka tidak di panggil untuk berunding.

Pembangkang turut mengkritik kerjaan kerana membenarkan perbezaan jurangyang tinggi terhadap segmen yang berasingan dalam kakitangan kerajaan, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman gambar berkata badan pelindung kakitangan awam itu telah mewujudkan jawatankuasa khas bagi memberikan pendapatan bagi mengatasi jurang berkenaan.

Pihaknya mendedahkan bahawa mereka akan membentangkan lima perkara dalam kertas cadangan mereka kepada pasukan khas SBPA pada 22 Febuari Lima tuntutan itu meminta semakan terhadap kadar pendapatan kakitangan awam pada gred 52 dan ke bawah mengekalkan pegawai kanan pada skim Sistem Saraan Malaysia SSM mengakaji kadar gaji tertinggi menyenaraikan kakitangan kerajaan yang layak untuk mendapat kenaikan gaji sehingga 13 peratus dan mengkaji struktur kenaikan gaji untuk semua tahap.

Belanjawan 2012 juga memperuntukan RM64 1 bilion untuk gaji dan pencen kakitangan awam atau 28 peratus daripada keseluruhan belanjawan kenaikan sebanyak RM36 9 bilion daripada lima tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...