Sabtu, 4 Februari 2012

Benarkah Orang Melayu Sekarang Kurang Semangat Pilihan Raya


Benar lah kata Tun Dr Mahathir "Melayu Mudah Lupa" ini lah yang sering kita dengar tetapi jarang juga kita mempertingkatkan  semangat Pilihan Raya bagi golongan orang melayu dan golongan muda kenapa dan sebab apa.

Kenapa orang melayu sekarang ini tidak pentingkan semangat Pilihan Raya mungkin mereka ini inginkan hidup dijajah lagi atau mereka ini hidup serba kesenangan yang tidak pentingkan bangsa, ugama dan tanahair. Sedarlah walaupun kita hidup serba kesenangan tetapi pemikiran kita masih lagi dijajah oleh minda yang kosong yang tak tahu asal usul perjuangan nenek moyang kita dahulu.

Ada juga dikalangan mereka mereka initidak memahami apa itu daftar mengundidan menjadi seorang pengundi untuk menentukan masa depan negara dan tanahair mereka sendiri. Dimanakah kesedaran mereka ini.

Dalam masa itu juga Ketua Penerangan UMNO Kuala Nerus, Muhammad Ramli Nuh berkata, kaum Melayu paling ramai tidak mendaftar mengundi apakah tanggungjawab mereka ini yang tidak pentingkan negara.


Segelintir pengundi Melayu digambarkan sebagai tidak kisah mengenai pilihan raya dan ada yang langsung tidak faham kepentingan dan semangat untuk terlibat dalam proses penting itu. Ketua Penerangan Umno Kuala Nerus, Muhammad Ramli Nuh berkata, faktor itulah yang menyebabkan kaum Melayu paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun layak berbuat demikian sebagaimana didedahkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. 

Muhammad Ramli berkata, semangat pilihan raya untuk menentukan kedudukan dan kestabilan bangsa serta agama dalam pemerintahan kerajaan tidak wujud dalam kalangan sebahagian orang Melayu terutama golongan muda. “Mereka tidak memahami apa itu daftar pemilih dan menjadi seorang pengundi. 

Sama ada mengundi atau tidak, itu tidak menjadi masalah. Mereka tidak sampai ke tahap berfikir untuk menentukan kedudukan bangsa dan agama, di samping tidak sedar mereka mempunyai kuasa untuk menentukan pemerintahan pada masa hadapan,” katanya. Menurut Abdul Aziz, kajian pihaknya mendapati orang Melayu memandang remeh perkara itu dengan memberikan pelbagai alasan. 

Muhammad Ramli berkata, kesedaran mengundi berbeza di kalangan masyarakat Cina apabila DAP sebelum ini didedahkan sebagai parti yang mendaftar paling ramai pengundi baru. Menurutnya, orang Cina sebelum ini tidak begitu mengambil tahu mengenai hal-hal politik, namun peranan DAP dilihat besar sehingga masyarakat Cina beranggapan DAP adalah parti mereka. 

Beliau turut meminta orang Melayu faham mengenai kepentingan mengundi, di samping parti-parti berasaskan Melayu turut memainkan peranan memastikan orang Melayu sedar terhadap kepentingan menunaikan tanggungjawab tersebut. Sementara itu, mengulas berhubung pendaftaran pemilih di Terengganu, beliau berkata, Umno merupakan satu-satunya parti yang ke depan dalam pendaftaran pengundi muda melalui kerjasama Pemuda Umno dan pihak yang dilantik parti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...