Khamis, 26 Januari 2012

Projek Perumahan Rakyat Seri Cempaka Di Pantai Dalam Dilanda Ribut

Seramai 1,500 penduduk terdiri daripada 300 keluarga yang tinggal di blok E, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, Kampung Pasir, Pantai Dalam, di sini, dinasihatkan berpindah selepas flat berkenaan dilanda ribut petang, semalam.

Semua keluarga terbabit berlindung sementara di surau dan dewan berhampiran flat berkenaan apabila pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati selain bumbung rosak, terdapat keretakan teruk di dua unit kediaman di tingkat 14 bangunan berkenaan akibat ribut kuat dalam kejadian jam 6.20 petang itu.


Difahamkan, akibat kejadian berkenaan 10 kereta dan lebih 20 motosikal rosak selepas dihempap zink yang diterbangkan angin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...