Isnin, 2 Januari 2012

Panas Panas Polis Kelantan Tangkap 11 Suspek Edar Risalah Fitnah PM




Polis Kelantan akan tetap meneruskan siasatan terhadap perbuatan menyebarkan risalah berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Kuala Krai dan Tanah Merah walaupun telah menahan 11 orang suspek dua hari yang lalu. 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, 11 orang yang ditahan itu berumur antara 15 hingga 55 tahun. Mereka disyaki menyebar risalah itu di kedua-dua jajahan itu dua hari lepas. "Kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis. 


Mereka akan didakwa di mahkamah pada 9 Januari ini di bawah Seksyen 8 Akta Mesin Cetak," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, Ahad. 

Pada majlis itu, Supt Mohd Zulmazi Che Daud dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menerima jawatan itu secara rasminya hari ini daripada, DSP Nazly Mohd Said. 

Jalaluddin berkata, polis masih meneruskan siasatan terhadap saki baki mereka yang terlibat dalam kegiatan menyebarkan risalah itu yang mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...