Jumaat, 20 Januari 2012

Nurul Izzah Merah Mata Tengok PM Dato Seri Najib Turun Ke Lembah Pantai Beri Sumbangan BR1M


Program turun padang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di tiga kubu pembangkang di ibu negara - Wangsa Maju, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai -- membawa pelbagai 'habuan' berupa bantuan dan jaminan untuk memenuhi hasrat rakyat. 


Selain pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pelbagai pengumuman dibuat bagi tujuan itu. Di kampung Pauh dekat ibu negara, beliau memberi jaminan bahawa identiti kampung tradisi Melayu di tengah-tengah bandar raya itu akan kekal. Memahami kebimbangan penduduk, perdana menteri berkata beliau telah mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berunding dengan syarikat pemaju, Aamin Development Sdn Bhd, supaya mengambil kira hasrat penduduk dalam merangka pembangunan. 

"Saya faham isi hati masyarakat di sini yang ingin merasa hidup di dalam perkampungan tradisi di tengah-tengah bandar dan saya pun faham bahawa ini boleh jadi satu daya tarikan kepada pelancong," beliau dipetik sebagai berkata. 

"Jadi tak usah panjang cerita, saya minta Datuk Raja Nong Chik dan Datuk Bandar Kuala Lumpur (Tan Sri Ahmad Fuad Ismail) bersama UKAS (Unit Kerjasama Awam Swasta) berunding dengan syarikat pemaju berkenaan tolong bertimbang rasa sediakan sebahagian daripada tanah untuk masyarakat di Kampung Puah ini." 

Pada 13 Ogos 2001, Unit Perancangan Ekonomi (EPU) mengemukakan surat kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan kelulusan prinsip untuk melaksanakan pembangunan secara penswastaan antara DBKL dan Aamin Development Sdn Bhd untuk melaksanakan projek pembangunan di tanah seluas 12.8 hektar di kampung itu. 

Bantuan keluarga untuk bina masjid Sementara itu, berucap dalam program turun padang di Pantai Dalam di ibu negara pula, Najib hari ini mengumumkan peruntukan RM35 juta untuk penyelenggaraan rumah pangsa kos rendah dan sederhana penduduk ibu kota. 

"Raja Nong Chik kalau tak cukup bisik kat saya, kita tambah lagi," gurau perdana menteri. Malah, beliau juga berkata, keluarganya juga bercadang menggunakan wang sendiri untuk membantu pembinaan sebuah masjid untuk kegunaan pendidik sekitar, khususnya di kawasan Kerinchi. 

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib sebagai berkata, Malaysia mempunyai pakej terbaik sebagai sebuah negara berdasarkan taraf kehidupan dan kemudahan yang mampu dikecapi rakyat. "Mungkin dari aspek tertentu ada negara yang lebih baik dari Malaysia. Tetapi sebagai satu pakej, dari segi value for money (nilai untuk wang), susah kita hendak kata ada tempat yang lebih baik dari Malaysia," beliau dipetik sebagai berkata. Isterinya Rosmah Mansor turut hadir dalam program itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...