Isnin, 9 Januari 2012

Jurang Ketara Gaji Kumpulan Atasan Dengan Golongan Rendah

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menhgeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Saraan Baru Perkhidmatan Awam yang sememangnya di nanti nantikan oleh semua penjawat awam.

Banyak perubahan di bawah SPBA seperti jadual gaji sebaris diperkenalkan, Pemansuhan PTK, Dasar Pemisah, PROSPEK, Unsur Persaraan dinaikan kepada 60 tahun dan lain lain.

Namun demikian masih terdapat perkara perkara yang perlu di lihat semula di bawah SPBA, antaranya wujud perbezaan yang amat ketara kenaikan gaji bagi kumpulan atasan dengan kumpulan rendah.

Kumpulan atasan mendapat kenaikan beribu ribu ringgit manakala kumpulan rendah hanya naik ratusan ringgit. Sebagai contoh Gred 4-3 (dahulunya 22) gaji maksimun SSM RM3,134.53 naik kepada SPBA RM3,530 iaitu kenaikan sebanyak RM395.47 sahaja. Sudahlah kenaikan sedikit, ditambah pula 3 tangga lagi daripada SSM T1 hingga T12 kepada SPBA T1 hingga T15

Sepatutnya dengan kenaikan yang tidak tidak seberapa, tidak perlu ditambah daripada T12 kepada T15. Manakala kenaikan gaji tahunan SSB RM107.39 kepada SPBA pula ialah RM115. Ini bermakna bertambah hanya RM7.61. Bayangkan dengan peningkatan kos sara hidup kini yang tinggi dengan kenaikan gaji yang tidak setimpal.

Satu pekara lagi kumpulan yang dahulunya lebih rendah dari Gred17 seperti pembantu tadbir rendah (jurutaip), tukang masak dan sebagainya kini telah setaraf dengan Gred 17.

Adalah diharapkan kerajaan dan pihak JPA dapat meneliti semula beberapa kelemahan yang wujud di bawah SPBA supaya penjawat awam kumpulan rendah atau pelaksana tidak dipingirkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...