Rabu, 11 Januari 2012

Berpusu Pusu Orang Yang Menghantar BR1M Disaat Terakhir


Kita tidak akan lanjutkan tempoh kerana ia sudah diedarkan sejak pertengahan Disember lalu.

Hanya 260,000 borang atau kurang 50 peratus rakyat negeri ini mengembalikan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada agensi berkaitan daripada sejumlah 600,000 yang diedarkan. Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata buat masa ini Kerajaan Pusat tidak bercadang melanjutkan tempoh untuk membolehkan rakyat menghantar borang berkenaan kerana masa disediakan adalah mencukupi. 


Beliau mengingatkan bahawa tempoh tutup untuk menghantar borang BR1M itu adalah hari ini selepas ia mula diedarkan kepada rakyat Kelantan pada 10 Disember lalu. “Daripada jumlah borang dikembalikan ini, kita tidak tahu berapa yang layak kerana ia perlu disemak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) untuk memastikan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 ke bawah. 

“Kita tidak akan lanjutkan tempoh kerana ia sudah diedarkan sejak pertengahan Disember lalu, malah media sentiasa melaporkannya, rakyat juga tahu hak mereka,” katanya selepas menyampaikan baucer buku RM200 berjumlah RM625,000 untuk diagihkan kepada 3,100 pelajar prasiswazah dan pascasiswazah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, semalam.  

Hadir sama Naib Canselor UMK, Prof Dr Raduan Che Rose; dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed. Mengulas lanjut, Mustapa berkata, pemberian bantuan BR1M itu dijangka diagihkan pada 15 Januari ini di peringkat nasional dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan akan melaksanakannya mengikut kaedah ditetapkan. 

Katanya, beliau sudah mengadakan mesyuarat mengenai perkara itu bersama JPP Kelantan dan kaedah untuk menyalurkan bantuan berkenaan kepada keluarga yang layak hampir dimuktamadkan. 

“Bagaimanapun saya meminta supaya JPP Kelantan mengadakan perbincangan terlebih dulu dengan pemimpin tempatan bagi membolehkan penyaluran bantuan BR1M itu dapat dilaksanakan sebaiknya dan mengikut masa yang sesuai. “Mungkin sebagai permulaan, kita akan mulakan dengan masyarakat Cina terlebih dulu kerana mereka bakal menyambut Tahun Baru Cina,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...