Rabu, 4 Januari 2012

Benarkah Kakitangan Awam Atasan Kaki Buli Inilah Reaksi Dari Kakitangan Awam Sokongan

Pembaca 1

Manfaat jadah apa kalau penjawat awam dibuli, diainaya, ditindas, dizalimi, diperlakukan dengan kejam demi memuaskan nafsu serakah tamak haloba golongan atasan? SBPA bukan saja tidak adil dan zalim kepada penjawat awam, malahan SBPA juga berbahaya kepada negara dan masyarakat kerana sistem perjawatan dalam SBPA yang tunggang langgang boleh melumpuhkan sektor perkhidmatan awam kerana arahan yang mengelirukan, tak tahu nak terima arahan dari siapa, kemudian tak tahulah siapa yang akan bertanggungjawab atas arahan, semua ini akan merosakkan operasi jabatan, kesannya perkhidmatan awam akan tunggang langgang dan masyarakat akan jadi susah, masyarakat akan mengamuk berdemontrasi di sana sini, ekonomi negara akan lumpuh, sektor awam lumpuh, negara jadi huru hara berkelahi di sana sini, puas hati KPPA dan PM keadaan ini berlaku? 

Ini semua berpunca dari perangai bangang pegawai atasan yang tamak haloba tapi tidak memikirkan rantaian kesan akibat perbuatan mereka itu. Penjawat awam telah jatuh motivasi untuk bekerja, selama ini bertungkus lumus untuk kemajuan jabatan, tapi akhirnya begini balasan pihak JPA dan juga PM kepada penjawat awam yang berhempas pulas menjayakan sistem penyampaian kerajaan, sungguh menyedihkan, sungguh terkilan, rasa sangat terhina kerana diperkotak katikkan oleh golongan atasan yang begitu zalim dan kejam. 

Pembaca 2 

Saya akan memperkuatkan tentangan SBPA sekarang ini dikaji semula, dibuat pindaan yang adil dan siasat semua tukang buat SBPA ini kerana dipercayai mereka menyalahgunakan kedudukan dan kuasa mereka secara tidak betul dan melanggar undang-undang, tindakan penjara mesti dikenakan kepada petualang ini. Perjuangan untuk mengkaji dan meminda SBPA secara menyeluruh adalah bukan saja untuk keadilan penjawat awam sahaja, tetapi juga untuk kepentingan negara, saya telah terangkan betapa bahayanya SBPA kepada kelangsungan operasi jabatan hingga boleh meruntuhkan negara ini sendiri kerana perkhidmatan awam adalah nadi kelangsungan kepada sesebuah negara. 

Oleh itu fikirkanlah, saya adalah tegas dengan pendirian saya dan saya tidak akan berganjak dari keputusan saya ini, untuk kepentingan negara dan penjawat awam. Pihak kerajaan sekiranya masih dengan sindrom penafian untuk menyokong golongan mungkar yang tamak haloba seperti pegawai atasan di JPA dan kuncu-kuncu mereka, maka bersiap sedialah kamu semua untuk menerima akibt yang lebih buruk berbanding PRU 12 nanti pada PRU 13 kelak. 

Gelombang penentangan penjawat awam terhadap SBPA dan sikap sambil lewa dan lepas tangan kerajaan makin bergelojak, makin membara dan makin bergelombang dengan kuatnya. Ini bukannya cakap-cakap kosong, ini adalah hakikat sebenar, pihak kerajaan sekiranya masih ingin bermain tarik tali dengan penjawat awam dalam isu, ini maka kami penjawat awam sekalian akan melepaskan tali yang ditarik, biar kerajaan terguling bergolek-golek pada PRU 13 nanti, ingatlah, apa guna kami menyokong pihak yang 'menggigit', 'menyepak', 'menendang' penjawat awam sesuka hati dengan penindasan seperti SBPA ini? PRU 13 buku bertemu ruas, ingatkan ada pimpinan dan ahli politik Barisan Nasional nak bela penjawat awam, tapi nampaknya pimpinan dan ahli politik Barisan Nasional hanya menyokong golongan penindas seperti pegawai atasan di JPA dan kuncu-kuncu mereka serta membiarkan penjawat awam menjadi mangsa penindasan. 

Oleh yan demikian, pihak kerajaan perlu sedar bahawa pihak kerajaan perlu membayar dengan harga yang malah di atas persekongkolan kerajaan dengan pegawai atasan yang tamak haloba serta zalim di JPA dan kuncu-kuncunya untuk menindas penjawat ini. PRU 13 akan jadi medan pertembungan buku dan ruas. 

Pembaca 3

SBPA zalim, golongan zalim membuat SBPA untuk menindas penjawat awam sedangkan golongan zalim berkenaan melahap sepuas hati segala manfaat dalam SBPA. SBPA ibarat memakan kacang di mana isi kacang dimakan oleh pegawai atasan sedangkan kulitnya dihumban kepada penjawat awam. Lihatlah betapa zalim dan kejinya sikap orang yang buat SBPA ini. Lagi satu SBPA jelas membahayakan negara kerana SBPA menyebabkan perkhidmatan awam tunggang langgang melalui perjawatan yang caca marba dan haru biru. Tentang SBPA, tentang golongan zalim dan mungkar iaitu pegawai atasan di JPA dan kuncu-kuncu mereka serta pihak yang bersekongkok dengan kezaliman ini iaitu kerajaan Barisan Nasional. Berani kerana benar, takut kerana salah, berjuang untuk keadilan dan kebajikan adalah lebih baik dari menjadi golongan penindas yang menindas orang demi mengaut keuntungan secara salah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...