Jumaat, 16 Disember 2011

Tahniah CUEPACS kerana bantah SBPA Dan Bela Nasib Penjawat Awam


Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan terus membantah terhadap perlaksanaan yang baru iaitu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang telah di umumkan oleh Perdana Menteri Malaysia baru baru ini.

Dan baru baru ini pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan supaya kakitangan awam dipaksa menandatangan surat tawaran SBPA. Dan ada juga pihak atasan membuat ugutan kepada kakitangan awam bawahan.


Banyak aduan yang telah diterima oleh cuepacs tentang perlaksanaan SBPA yang baru baru ini. Menurut Presiden Cuepacs iaitu Dato Omar Osman "SBPA adalah satu system yang mempunyai banyak masalah dan opsyen yang tidak memuaskan penjawat awam kerana 13 peratus hanyalah untuk pegawai atasan sahaja"

Ini bermakna pegawai atasan (PTD)hanyalah mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan golongan bawahan. Hampir semua kakitangan bawahan tidak rasa berpuas hati dengan keputusan SBPA yang di buat oleh JPA baru baru ini.

Dari segi pendapat dan pandangan memang kakitangan awam atasan (PTD) tidak menyokong dan telah menentang pihak kerajaan Perdana Menteri Malaysia yang sedia sekarang ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...