Khamis, 15 Disember 2011

Ramai Ahli Parlimen Yang Ingin Berundur Beri Laluan Kepada Calon Muda

Tidak ada tekanan atau paksaan kepada mana-mana ahli dewan undangan negeri (ADUN) dan ahli Parlimen untuk mengundur diri bagi memberi laluan kepada calon lain bertanding pada pilihan raya umum akan datang. 

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, langkah itu adalah proses biasa dalam parti selain memberikan laluan dan ruang buat pemimpin lain memenuhi tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat. 

"Kita perlu tahu bahawa langkah yang dibuat ini bukanlah kerana mereka ini tidak baik untuk memimpin," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Transformasi Belia Negeri Sembilan anjuran Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS) di sini, hari ini. 

Beliau diminta mengulas hasrat beberapa ADUN dan ahli Parlimen dari parti komponen Barisan Nasional (BN) di beberapa buah negeri untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang. 

Ahmad menjelaskan, ADUN Bukit Naning, Datuk Abdullah Md. Ali yang mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 adalah contoh terbaik pemimpin yang rajin bekerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...