Isnin, 5 Disember 2011

Presiden Parti PKR Hanya Mimpi Dalam Mimpi




Pada hari Sabtu yang lalu Pakatan Rakyat telah mengadakan Ceramah Umum di Shah Alam dan menurut Pakatan hampir 5000 orang yang hadir untuk mendengar ceramah Pakatan Rakyat.


Dengan dibarisi pemimpin kanan Pakatan, ketua pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil gelanggang dengan ikrar bahawa Pakatan tidak akan hanya mempertahankan Selangor, tetapi juga akan menawan negeri-negeri lain termasuklah Putrajaya.

Disamping itu juga Ketua Pembangkang berjanji akan mempertahankan Selangor dan akan tawan Putrajaya dalam Pilihnraya yang akan datang. Ramai yang hadir ketika itu memberi ucapan termasuk lah pemimpin Veteran DAP iaitu Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang menuduh bahawa orang UMNO lah yang paling jahat dan menuduh orang UMNO bersifat perkauman tapi ternyata seperti "ludah ke langit kena kat muka sendiri". Lim kemudian membuat  tohmahan yang kepada orang Umno satu persatu. Setiap kali, dakwaan khususnya membabitkan perkauman dan agama ditimbulkan, hadirin bergemuruh dengan penuh semangat dan memberikan jawapan yang sama.


Tak cukup itu juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah telah memberi ceramah tentang isu lembu. Dan beliau berkata UMNO ini suka di perlembukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...