Jumaat, 23 Disember 2011

PM Arahkan JPA Berbincang Dengan Cuepacs Tentang SBPA Dan PM Setuju Menangguhkan SBPA


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengarahkan CUEPACS dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) segera mengadakan rundingan bagi menyelesaikan isu berbangkit dalam pelaksanaan skim Saraan  SBPA



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengarahkan CUEPACS dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) segera mengadakan rundingan bagi menyelesaikan isu berbangkit dalam pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini. 


Presiden CUECPACS, Datuk Omar Osman, berkata berikutan itu pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan JPA bagi membincangkan perkara itu di sini, esok. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam. 

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. Manakala Bernama pula memetik Omar sebagai berkata perdana menteri meminta satu rundingan diadakan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs esok bagi menentukan sama ada menangguhkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atau melanjutkan tarikh mengembalikan borang opsyen. 

Beliau memberitahu demikian mengenai hasil pertemuannya dengan Datuk Seri Najib hari ini. Satu rundingan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs akan diadakan Jumaat bagi menentukan sama ada pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditangguhkan atau tarikh mengembalikan borang opsyen dilanjutkan. 

Keputusan itu dibuat hasil pertemuan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri pagi tadi, yang turut disertai pegawai tertinggi Cuepacs, anggota kesatuan serta wakil daripada JPA. 

Bercakap kepada pemberita selepas bermesyuarat dengan anggota Cuepacs di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini pada Khamis sebaik selesai bertemu Perdana Menteri, Omar berkata Perdana Menteri mahu isu SBPA diselesaikan secara baik antara kedua-dua pihak. 

"Perdana Menteri berharap isu SBPA mesti dirundingkan bersama-sama antara JPA dan Cuepacs sehingga persetujuan bersama tercapai, barulah ia boleh dilaksanakan," katanya. 

JPA dalam satu kenyataan pada Khamis mengesahkan akan mengadakan perbincangan itu bersama Cuepacs bagi membincangkan segala isu yang dibangkitkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...