Ahad, 25 Disember 2011

Pinjaman Bank Dunia: Ezam dedah surat Anwar kepada bekas Pengerusi Bank Dunia, John Wolfensohn


Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor mendakwa memiliki surat yang pernah digunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membuat permohonan bantuan kewangan daripada Bank Dunia. 

Beliau juga bersedia mendedahkan mengenai kandungan surat itu bagi membuktikan penyalahgunaan kuasa yang didakwa dilakukan Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri. “Saya sedia dedahkan surat tersebut untuk membuktikan kebenaran bahawa Anwar berniat jahat. 

“Perkara ini perlu didedahkan demi menyelamatkan rakyat daripada terus ditipu,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di sini, malam kelmarin. Mohamad Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik Anwar berkata, beliau tidak takut untuk tampil membongkar penyelewengan itu. 

Menurutnya, pada awal tahun 2000, Anwar ada menghantar surat kepada bekas Pengerusi Bank Dunia, John Wolfensohn memohon bantuan kewangan untuk membantu menyelesaikan masalah skandal seks kakitangan bank dunia warganegara Lubnan yang dikenali sebagai Sahariza. 

“Rakyat kita tidak boleh dikaburkan dengan agenda usang Anwar yang mahu mengalih perhatian menjelang keputusan kes salah laku seks beliau dengan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bahari pada 9 Januari depan. 

“Sudah lama saya tunggu untuk melakukan pendedahan ini. Kini tiba masa terbaik demi menyelamatkan rakyat daripada kepalsuan terbesar ini” katanya. Beliau berkata, serangan peribadi Anwar terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal memberikan kesan buruk kepadanya. 

Katanya, beliau sering memberi pandangan untuk mengajak Anwar bersemuka bagi membongkar perkara sebenar namun gagal dipenuhi Anwar yang bijak mencari helah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...