Isnin, 19 Disember 2011

PAS Kedah Nak Runtuhkan Madrasah Salihiah Nak Buat Komplek Beli Belah


Kerajaan Negeri yang ditadbir Pas tidak sewajarnya mengamalkan sikap double standard berhubung isu perobohan bangunan Madrasah Salihiah di Jalan Tambang Badak untuk memberi laluan kepada pembinaan kompleks Plaza Tunku Yaakob. 

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, tinjauannya di kawasan sekitar tapak projek mendapati terdapat beberapa pusat ibadat lain yang tidak terusik walaupun terletak hampir dengan kawasan pembinaan. 

Dimanakah pendirian PAS untuk mempertahankan Umat Islam, dan Pas hanya mempergunakan Parti Islam ini hanyalah untuk kepentingan beribadi semata mata.


Menurutnya, sewaktu masih berada dalam pimpinan Pas sebelum ini, isu merobohkan surau atau madrasah akan menjadi isu besar malah beliau antara individu terawal yang tampil bagi mempertahankannya. Ini termasuk Surau Seksyen 4, Flat Jubli Perak dan Surau Punjabi, Bangi di Selangor. 

“Sekarang Pas yang tadbir Kedah, sepatutnya lagi kuat rupanya sudah terbalik. Ini bukan soal tidak mahu pembangunan tetapi biarlah pembangunan itu ada berkat dan rahmat Allah. “Tidak logik bila hanya madrasah diruntuhkan dan mereka mendirikan bangunan pusat beli belah di atas tapak wakaf. 

Pada saya ada yang tidak kena, dalam erti kata lain wujudnya double standard,” katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa madrasah terbabit, malam kelmarin. Dalam pada itu, Zulkifli turut mencadangkan agar Jawatankuasa Madrasah Salihiah melantik panel syarie bagi memudahkan urusan perbincangan dengan Majlis Agama Islam Kedah (Maik) dan pihak-pihak berkenaan, seterusnya mencari jalan penyelesaian terbaik. 

Zulkifli berkata, panel penasihat syarie perlu bagi memberikan pandangan berhubung isu ini, sebelum jawatankuasa mengambil apa-apa tindakan selanjutnya. “Saya sarankan agar jawatankuasa madrasah berbincang dengan Maik dan pengerusi Majlis Fatwa Negeri, mungkin perkara ini dapat diselesaikan secara baik, sebelum dibawa kepada Ketua Agama Islam Negeri iaitu Sultan Kedah atau mengambil tindakan perundangan. 

“Malah, saya menyarankan mereka melantik panel peguam, jika ada asas yang kuat. Keputusan untuk merobohkan madrasah ini bagi pembinaan pusat beli belah boleh dicabar selain memohon deklarasi terhadap fatwa yang dikeluarkan sebelum ini. Bagaimanapun perkara ini masih di peringkat kajian,” katanya. 

Menurutnya, selepas isu itu meletus, beliau mendapatkan maklumat dan mengikuti perkembangan mengenai madrasah yang dibina sejak tahun 1327 Hijrah itu. “Saya difahamkan ia adalah tanah wakaf khas individu dan tidak boleh dijual beli. Saya terkejut ada unsur bahawa tanah itu boleh dibayar dengan pampasan, malah sudah ada fatwa asal yang mengiktiraf mengenainya sebelum fatwa kedua dikeluarkan. 

“Tempat seperti ini menjadi syiar dan jariah perlulah dijaga oleh pihak yang diberi amanah. Ia tidak boleh bercampur dengan maksiat kerana jika dibina di bawah kompleks, ada kemungkinan ia akan bercampur dengan unsur maksiat,” katanya. 

Sementara itu, ahli jawatankuasa madrasah, Azwan Abdullah berkata, pihaknya menerima salinan surat daripada Maik kepada Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar bagi memohon penangguhan mengosongkan bangunan Madrasah Salihiah. Menurutnya, surat bertarikh 10 November itu turut memohon penangguhan dibuat sehingga satu perjumpaan diadakan bagi membincangkan isu-isu dibangkitkan oleh jawatankuasa madrasah dengan pihak berkenaan dan mencari penyelesaian. 

“Dengan status terkini, kita menunggu panggilan rasmi Maik untuk perbincangan semula memandangkan setakat ini tiada tindakan daripada mereka dengan jawatankuasa,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...