Selasa, 27 Disember 2011

Inilah Remaja Sekarang Lepas Je SPM Terus Jadi Pelacur Di Pusat Urut



Semenjak Pakatan Haram memerintah di Selangor, bukan sahaja pusat-pusat urut bertambah, malah pusat-pusat Hiburan dan judi haram juga menjadi permasalahan utama kepada penduduk di Petaling Jaya. 


Melihat tiada kawalan daripada kerajaan negeri dan kita amat risau generasi muda, golongan belia akan terpengaruh dengan operasi terbuka pusat-pusat hiburan. Dulu memang jarang sekali kita dengar kes seperti ini dalam tempoh beberapa tahun sehinggalah pada 2008 apabila Pakatan Rakyat memenangi beberapa buah negeri dengan DAP menguasai sepenuhnya Pulau Pinang, dan membonekakan Melayu di Selangor, industri hiburan yang dijangka sudah terkubur itu, kembali semula. --- 

Keseronokan tiga gadis yang baru tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengisi masa lapang menunggu keputusan peperiksaan dengan bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) berakhir apabila mereka bersama 30 GRO lain ditahan di sebuah pusat hiburan di Damansara Perdana di sini tengah malam semalam. 

Serbuan mengejut pada pukul 12.30 malam oleh anggota Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman itu dilakukan selepas polis menerima maklumat berhubung kewujudan pusat hiburan itu yang menyajikan tarian tiang berunsur seks dan GRO bawah umur. 

Ketua Operasi D7 Bukit Aman, Supritendan Amir Rasid Derani berkata, kesemua GRO yang ditahan berusia antara 17 tahun hingga 30-an dan tiga daripada mereka baru tamat peperiksaan SPM. 

"Semasa serbuan, sebahagian daripada GRO sedang rancak melayan pelanggan manakala yang lain sedang menunggu untuk dipilih pelanggan yang masuk ke pusat hiburan berkenaan," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...