Sabtu, 24 Disember 2011

Dimanakah Kebenaran Pegawai Atasan Seperti Turus Dan Jusa Hidup Serba Kemewahan


Benarkah penjawat awam Pegawai Atasan hidup serba dalam kemewahan??. Baru baru ini Perdana Hitam telah di beri tugas untuk mencari bahan untuk membetulkan keadaan bahawasanya kakitangan awam kerajaan yang menyokong pembangkang mengatakan Pegawai Atasan seperti Jusa dan Turus hidup dalam kemewahan.

Di sini juga Kakitangan Awam yang mengokong pembangkang terlalu ramai di golongan sokongan dan mereka mengatakan bahawa semua kemudahan bagi Penjawat Awam Pegawai Atasan senang diperolehi salah satunya kita saksikan di bawah:-



      Pegawai Atasan Jusa Dan Turus                                         Kakitangan Sokongan

1) Kereta Percuma di tanggung oleh kerajaan                        Beli Sendiri (Pinjam Loan)
2) Mempunyai Pemandu peribadi                                             Pandu Sendiri
3) Api dan Air di bayar oleh kerajaan                                        Bayar sendiri
4) Gaji Atas RM 5000                                                                 Gaji di bawah RM1000.00
5) Mempunyai Elaun Pemandu                                                  Tiada Elaun
    (tapi tak pernah pun pemandu dapat)
6) Dan lain lain lagi

Dalam rungutan kakitangan sokongan ini juga telah telah mendapat tahu bahawa Pegawai Atasan mendapat elaun keraian itu elaun untuk membelanja staf di bawah jagaan beliau tetapi kebanyakan tidak pernah sekali pun Pegawai Atasan ini membelanja kakitangan sokongan nya dalam erti (Makan Sendiri).

Dan Pegawai Atasan juga seperti Jusa Dan Turus telah mendapat elaun pemandu tetapi tidak pernah di bayar sekali pun kerana pegawai Atasan telah menggunakan pemandu Jabatan untuk pergerakan pergi dan balik kerumah tetapi kerajaan telah sekat untuk membayar Elaun Lebih masa kepada kakitangan sokongan kerana elaun itu tidak berhak di bayar kerana menghantar pegawai balik rumah. Bukan itu juga pergerakan isteri pun pemandu juga yang kena buat.

Bukan itu sahaja rungutan rungutan yang pernah di dengari apabila sikap ketidakpuasan hati di golongan sokongan yang mengatakan Pegawai Atasan sering sahaja memarahi kakitangan sokongan dan mengatakan kakitangan sokongan ini bodoh, dan kakitangan sokongan itu juga telah di ambil tindakan tatatertib pernahkah ini benar benar berlaku di golongan kakitangan sokongan. Kalau benar ini berlaku di manakah letaknya harga diri seseorang itu dan jikalau kakitangan sokongan itu di buang kerja apakah nasib masa depan mereka inilah rungutan rungutan yang pernah di suarakan oleh pihak kakitangan sokongan.

Nasib Nasib Ini lah jadi kakitangan Sokongan Yang Tidak Ada kelayakan














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...