Isnin, 12 Disember 2011

Benarkah Pegawai JPA (PTD) Sabotaj Perdana Menteri Malaysia??


Apabila pekeliling SBPA telah dikeluarkan di laman web JPA banyak rungutan rungutan daripada kakitangan sokongan yang tidak setuju dengan pindaan gaji kakitangan sokongan yang telah dibuat oleh pegawai pegawai di JPA.

Bagi kakitangan yang telah lama berkhidmat di Kementerian dan Jabatan Jabatan akan mendapat gaji yang sama dengan kakitangan yang baru mula berkhidmat... Adakah ini adil bagi kakitangan sokongan.???
Kerajaan harus ambil tindakan yang sewajarnya sementara perlaksanaan ini belum di laksanakan lagi, dan kita tahu bahawa kakitangan sokongan ini akan diberi tugas yang lebih daripada satu tugas. Apabila SBPA ini dilaksanakan banyak laa "kaki bodek bos" akan ada di dalam jabatan Kerajaan.

Dan desas desus bahawa apabila Kerajaan masih belum membuat pindaan terhadap kenaikan gaji melalui SBPA untuk kakitangan sokongan mungkin Barisan Nasional akan mengalami kesusahan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Adakah pihak JPA atau pihak PTD dah mula cemburukan kakitangan sokongan dengan kenaikan gaji ini??. Atau pegawai JPA (PTD) yang menyokong pembangkang ingin mensabotaj Perdana Menteri Malaysia.

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. kakitangan yg tdk amanah ygmbusukn nama Umno, krn rata2 rakat/pembangkg akn mnunding jari pd kerajaan selurus2nya. sdgkn, duri dlm daging talibarut mrk sndiri..
    dgn agenda sndiri, mmboikot scr kotor. tndakan tegas harus diambil..saman jika prlu!

    BalasPadam
  3. Mcm2 boleh berlaku! Allignment rosak bahaya PM

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...