Isnin, 19 Disember 2011

Benarkah Fasha Sandha Nak Kawin Dengan Kekasih Hatinya



KECOH di laman-laman sosial, ruangan gosip serta blog-blog tempatan apabila sekeping gambar Fasha Sandha mengenakan sepasang busana pengantin berwarna krim tersebar. 

Persoalan timbul, benarkah gaun pengantin itu yang bakal dipakainya untuk resepsi perkahwinan yang dikhabarkan akan berlangsung sekitar bulan Mac tahun depan dengan bekas suami Nora Danish, Rizal Ashram (Jejai)? Menjawab soalan itu, Fasha, 27, lebih banyak berdalih dan cuba mengelak daripada memberikan sebarang kenyataan. 


Katanya: “Insya-Allah kalau ada jodoh akan kahwin, lebih baik jangan cakap terlalu awal.” Itu jawapan ringkas yang kompleks untuk diterjemah demi kedua-dua soalan mengenai jodoh dan gambarnya mencuba gaun pengantin. 

Selebihnya, aktres itu lebih selesa menguntum senyum dan enggan mengeluarkan walau sepatah kata. Lebih banyak jawapannya berbunyi: “No comment.” Fasha yang ditemui ketika sidang akhbar pelancaran filem seram berjudul Penanggal yang diarahkan oleh pelakon Ellie Suriaty di Restoran Al-Andalus, Kuala Lumpur pada hari Jumaat lalu turut kehilangan kereta mewah BMW 325i pada hari yang sama. 

Juga tidak banyak kenyataan yang diberikan ketika itu, sebaliknya hanya mengesahkan kejadian yang berlaku setelah diasak beberapa kali. “Ya, saya akui kereta saya hilang tapi saya tak boleh komen, saya serahkan kepada pihak berkuasa,” ujarnya lagi yang hadir sedikit lewat pada sidang akhbar itu. 

Demi Penanggal Sini Ada Hantu merupakan filem terakhir lakonan Fasha yang ditayangkan pada awal tahun ini. Kembali ke layar perak, Fasha tidak menolak untuk berlakon dalam filem bergenre seram melalui filem Penanggal yang baru memulakan penggambaran pada 10 Disember lalu. 

Menurut Fasha, sebelum menerima tawaran berlakon filem Penanggal dia sudah menolak tiga tawaran filem sebelum ini. “Sudah tiga tawaran saya sudah tolak sebelum ini dan rasa ralat juga, tapi watak dalam filem ini sangat bagus dan ini adalah filem pertama saya perlu bercakap bahasa Arab,” ujarnya mengenai keunikan dan cabaran berlakon filem itu. 

Tambahnya, ketika pertama kali membaca skrip filem itu dia bimbang berikutan wataknya sangat mencabar dan karakternya memerlukan permainan emosi dalaman. Dalam filem Penanggal, Fasha akan melakonkan watak Sharifah Zahra, seorang gadis yang baik dan periang. Konflik timbul apabila tunangnya, Syed Yusof (lakonan Azri Iskandar) hilang secara tiba-tiba. 

Pengarah hebat Pertama kali berlakon di bawah arahan pengarah yang juga baru pertama kali mengarahkan sebuah filem, Ellie Suriaty, Fasha akui banyak pengalaman yang dikutipnya walaupun baru beberapa hari penggambaran. “Kak Ellie juga merupakan seorang pelakon yang bagus, dia tahu kelemahan dan kelebihan saya dan menerusi filem ini dia banyak mencorakkan karakter saya.

“Dia menjadikan saya sempurna dalam filem Penanggal,” luncur kata Fasha jujur. Ujar Fasha lagi, Ellie Suriaty seorang yang rajin dan tidak tahu duduk diam. Tambahan pula Ellie sekarang sedang mengandung. Fasha sebelum ini pernah berlakon bersama Ellie Suriaty dalam drama bersiri Suteramaya di TV3. 

Filem Penanggal dijangka siap penggambaran sepenuhnya pada 26 Januari 2012 dan bakal disiarkan pada penghujung tahun depan. Selain filem Penanggal, Fasha juga akan tampil bersama buah tangan arahan Melissa Saila berjudul Dari Kerana Mata pada tahun depan. Pada bulan Februari tahun depan, Fasha akan menjalani penggambaran drama bersiri Seindah Sakura, untuk slot Akasia TV3 di Paris, Perancis bersama Fahrin Ahmad. Fasha juga sedang dalam proses menambah cawangan salun kecantikannya, Chinta di sekitar Johor Bahru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...