Rabu, 14 Disember 2011

Anwar Pengecut Buat Helah Dalam Makamah Sebab Anwar Takda Bukti

Keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kandang tertuduh bagi menjawab tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu, hanya penafian semata-mata tanpa mendedahkan sebarang bukti yang boleh menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal berhujah selain hanya memberi komen dan kritikan terhadap keterangan Mohd Saiful dan saksi pendakwaan lain, tertuduh tidak mengemukakan versi beliau berhubung kejadian yang didakwa berlaku di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, antara jam 3.01 dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008. 


Selain itu, katanya, tertuduh hanya menafikan hubungan seksual dengan Mohd Saiful, dan beliau langsung tidak mempertikaikan bukti yang dikemukakan pihak pendakwaan. Mohamed Yusof berhujah tertuduh tidak mempertikaikan keterangan pendakwaan itu antaranya, dia berada di unit bersebelahan kondominium sebelum kejadian, Mohd Saiful menghantar sampul surat kepadanya di tempat kejadian, keretanya dilihat tiba dan keluar dari tempat kejadian dan dia dilihat dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menaiki tingkat lima kondominium itu ketika kejadian liwat didakwa berlaku. 

“Oleh itu, perlu dilihat ketiadaan atau kegagalan tertuduh untuk mencabar semua bukti berkenaan membawa kepada pengakuan seterusnya membentuk bukti sokongan terhadap pertuduhan. “Tertuduh juga tidak menjelaskan dakwaan air maninya yang ditemui dalam dubur pengadu, maka penemuan konklusif terhadap bukti itu tidak pernah dicabar. “Perlu ditekankan di sini tiada sebarang keterangan oleh tertuduh kejadian liwat itu tidak mungkin boleh berlaku berikutan keadaan fizikal dan kesihatannya.

“Keterangan yang diberikan dari kandang tertuduh juga menyamai keadaan di mana tertuduh berdiam diri apabila dipanggil membela diri kerana tiada bukti dikemukakan bagi pertimbangan mahkamah, maka ia bukan saja gagal menimbulkan keraguan munasabah, malah sebarang keraguan terhadap kes pendakwaan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan hujah di akhir kes pembelaan di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. Mohamed Yusof berkata, secara luarannya pihak pendakwaan tidak mempertikaikan kepakaran Pakar Bedah Ortopedik dan Tulang Belakang Dr Thomas Hoogland, tetapi hasrat beliau untuk membantu pembelaan menyebabkannya membuat tekaan dan spekulasi pelik ketika memberikan keterangan. 

Katanya, pakar itu tidak menjalankan pemeriksaan ke atas Anwar pada tahun di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku malah dalam keterangannya beliau bersetuju keadaan tertuduh menunjukkan pemulihan yang ketara berbanding keadaannya sebelum menjalani pembedahan pada 6 September 2004. 

Beliau berhujah, Dr Hoogland tidak terbabit secara langsung dengan kejayaan pembedahan itu sebaliknya hanya mengaburi mahkamah secara berterusan apabila merujuk kepada rasa sakit dialami tertuduh dan dengan sengaja gagal memberikan pandangan berhubung beberapa aspek dalam pembedahan itu yang menyebabkan keadaan tertuduh semakin pulih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...