Rabu, 30 November 2011

PKR Menfitnah MTUC Mengatakan MTUC Gagal Melindungi Hak Pekerja dan Undang-Undang Buruh



Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mewakili 800,000 ahli, menafikan sekeras-kerasnya bahawa ia bersedia berperang dengan kerajaan mengenai cadangan pindaan undang-undang buruh.


“Kenyataan mengenainya adalah tidak benar dan juga bukan pendirian rasmi kongres,” kata Setiausaha Agungnya, Abdul Halim Mansor. Beliau mengulas kenyataan setiausaha kewangan MTUC, Alias Awang Ibrahim pada Kongres Kebangsaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Johor Bahru hujung minggu lalu, bahawa MTUC bersedia berperang dengan kerajaan kerana gagal melindungi hak-hak pekerja. 

Abdul Halim mengulangi, MTUC bukan parti politik dan hanya memberikan perhatian terhadap kebajikan pekerja-pekerja di negara ini. “Kita tidak ada agenda politik dan kita hanya komited untuk melindungi hak-hak pekerja yang termaktub dalam undang-undang buruh negara,” katanya. 

Beliau berkata, Alias bercakap dalam kapasitinya sebagai anggota PKR Bahagian Gombak dan bukan mewakili MTUC. “Kita sudah pasti menjauhkan diri kita daripada kenyataan yang dibuat oleh Alias kerana ia adalah pandangan peribadi dan tidak ada kaitan dengan pendirian rasmi MTUC,” katanya. 

Abdul Halim berkata, walaupun MTUC tidak berpuas hati dengan cara kerajaan mengendalikan pindaan terhadap undang-undang buruh, ini tidak bermakna ia terdesak menggunakan cara berkenaan untuk mencapai objektifnya. “Kita adalah pertubuhan yang sangat matang dan semua tindakan kita diambil dengan sangat berhati-hati ketika merangka bagi memastikan kita berjaya dalam perjuangan untuk melindungi hak-hak 10 juta pekerja di negara,” katanya. 

Menurutnya, majlis MTUC mewakili semua gabungan, telah merangka satu pelan tindakan bagi memastikan pindaan itu tidak menghakis hak-hak pekerja.

Ps* PKR ni dah takda kerja lain ke nak dibuat asik nak menfitnah jeee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...