Rabu, 30 November 2011

Pada 2015 Kakitangan Awam Takda Kerja




Perkhidmatan kerajaan bagi E-Kaunter dan perkhidmatan dalam talian disasar pada tahap 90 peratus menjelang 2015, kata Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Datuk Mohamad Zabidi Zainal. 

Manakala di bawah program paperless government, beliau berkata, ditetapkan 70 peratus urusan surat-menyurat, memo dan minit mesyuarat dibuat secara online dan 90 peratus bagi urusan panggilan mesyuarat. Maka dengan ini Pengarah tidak lagi perlukan Pemandu dan PAR kerana sekarang ini hanyalah meeting di dalam bilik sendiri.


"Selain meningkatkan kecekapan urusan berkenaan, usaha itu juga akan menyumbang kepada pencapaian objektif strategik inisiatif teknologi hijau dalam urusan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ketua Pegawai-Pegawai Maklumat di sini hari ini. Dan sekarang ini kakitangan sokongan tidak di benarkan melayari laman sosial seperti Facebook dan Twitter ia hanya boleh dibenarkan untuk pegawai atasan sahaja.

Kerajaan juga katanya, sedang merangka kaedah baru dalam pengurusan ICT yang dikenali sebagai Pengkomputeran Awan. Mohamad Zabidi berkata, setakat ini ia telah diaplikasi di 36 agensi kerajaan dan akan diperluaskan di 100 lagi agensi pada masa hadapan.

Selain itu, beliau berkata Mampu juga sentiasa mengambil langkah-langkah untuk memastikan ciri keselamatan semua sistem dan laman web di bawah kendaliannya sukar digodam pihak tidak bertanggungjawab. 

Selain itu juga kerajaan akan mengurangkan jawatan sokongan yang tak diperlukan seperti kerani kebawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...