Kisah Tahyul Pembangkang Memburukkan Kerajaan Mengenai Freemason di Bukit Jalil dan Membuat Tuduhan Kepada Najib Razak & Tengku Adnan
- Menjelang PRU-14 kita akan dengar macam-macam cerita tahyul untuk memburukkan kerajaan. Terbaharu kononnya Najib Razak dan Tengku Adnan Tengku Mansor membenarkan pembinaan sebuah bangunan yang menjadi pusat aktiviti Freemason dan Kuil Yahudi.
- Faktanya, bangunan tersebut diluluskan pembinaan pada 2008. Dalam syarat pembinaan adalah jelas bangunan tersebut hanya dibenarkan kegunaan untuk aktiviti tempatan dan bukan acara keagamaan.
- Jadi jelas kelulusan pembinaan bangunan tersebut bukan dibuat semasa Najib Razak menjadi Perdana Menteri atau Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.
- Namun lebih penting, kedua-dua syarat pembangunan bangunan serbaguna ini jelas menafikan tuduhan bahawa bangunan tersebut diluluskan oleh Kerajaan BN sebagai kuil Yahudi atau pusat kegiatan Freemason.
- Apa yang lebih bangang lagi, apa masalah jika pun ia kuil Yahudi. Negara ini tidak pernah mengamalkan diskriminasi agama.
- Dasar Malaysia ialah anti-zionis bukan anti-Yahudi. Jika ada penyokong Pakatan tidak faham elok berhenti cakap hal politik negara.
- Syarat pembangunan juga menyatakan ia hanya untuk kegunaan aktiviti tempatan. Oleh kerana Freemason adalah aktiviti antarabangsa maka sekaligus ia menafikan tuduhan bahawa Najib Razak meluluskan pembinaan bangunan untuk aktiviti Freemason.
- Dan untuk yang suka merepek, Freemason tidak pernah dianggap sebagai satu aktiviti haram di negara ini. Jadi mengadakan apa-apa aktiviti freemason di negara ini bukan satu kesalahan walaupun boleh menimbulkan syak wasangka kepada orang Islam.
- Freemason telah wujud di negara ini sejak 1916 dan tidak pernah diharamkan termasuk pada zaman kegemilangan Mahathir-Anwar Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Komen