Khamis, 4 Disember 2014

Datuk Rizal Mansor Melancarkan Pertandingan "SALUTE MALAYSIA" Melalui Media Sosial

                           



Kempen berbentuk pertandingan 'Salute Malaysia' yang diadakan pada bulan September lalu merupakan inisiatif Yayasan Perdana Ummah (YPU) untuk menanam semangat kecintaan dan bangga terhadap Jalur Gemilang melalui media sosial.

Pengerusi YPU, Datuk Rizal Mansor berkata pertandingan tersebut diadakan melalui media sosial ekoran peratusan rakyat Malaysia kini lebih gemar menggunakan media sosial untuk berhubung. "Kita telah melancarkan di Universiti Kuala Lumpur pada 3 September lalu dan kita telah lancarkan selama sebulan kempen ini. "Kempen ini mendapat sambutan selepas kita menerima sebanyak 5,000 penyertaan," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan hadiah kepada 10 pemenang pertandingan bertemakan Tabik Hormat dan Jalur Gemilang yang diberi nama 'Salute Malaysia'. 

Menurut Rizal, kempen tersebut tidak akan berhenti setakat ini sebaliknya kempen tersebut akan diperluas ke kampus yang terpilih untuk bersama-sama YPU untuk menggerakkan lagi kempen tersebut. "Kempen ini tidak akan berhenti, sebaliknya kami mempunyai rangkaian termasuk kempen dimana kami akan menjelajah daripada kampus ke kampus untuk memberi mahasiswa dan mahasiswi bersama dengan kami bagi menggerakkan kempen ini," katanya. 

Tambahnya, idea ispirasi membuat Kempen Salute Malaysia telah dilakukan bersama Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Shahrul Nasrun Kamarudin selepas beliau melihat banyak insiden bendera Malaysia tidak dihormati. Jelasnya, kempen tersebut jelas dapat melahirkan dan membimbing rakyat Malaysia menzahirkan rasa cinta akan negara. "Kami melancarkan kempen Salute Malaysia bermula sekitar bulan kemerdekaan.

Sebelum itu banyak kami melihat insiden bendera Malaysia telah diterbalikkan dan dibakar. "Langkah pertama merupakan dengan cara menunjukkan rasa tabik hormat kepada negara dengan adalah melakukan aksi tabik kepada bendera negara kita sendiri," katanya. 

Bagi melengkapkan pengisian kempen, YPU turut menerbitkan lagu tema Salute Malaysia ciptaan Cat Farish, Shahrul Nasrun Kamarudin dan Amelia Hassan. Lagu tersebut dinyanyikan oleh Amy Search, Cat Farish, Lah Ahmad, Zain (Ruffedge), Tiga Swagger, Ronnie (Hyper Act), YMY dan Ustaz Kyrel. Kempen ‘Salute Malaysia’ atau ‘Tabik Hormat’ kepada jalur gemilang ini menjadi salah satu pengisian bagi membuktikan kesungguhan dan kebanggaan menjadi anak Malaysia yang hidup dalam suasana negara merdeka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...