Isnin, 8 September 2014

Siapa Mempersoalkan Akaun FB Menteri Ini??? Manusia Macam Nii Pun Ada @Ismail_Sabri60 #DSIS


Perdana Hitam tertarik dengan sebuah laman FB yang mengatakan bahawa Dato Seri Ismail Sabri Menteri Pertanian Dan Industri Asas ini telah membayar pengiat media sosial ini menyebarkan pelbagai maklumat kepada orang ramai. Sebagai seorang sahabat yang sama sama berjuang dalam media sosial ini pasti tahu bagaimana kita perlu menyampaikan maklumat maklumat boleh sampai ke pihak akar umbi. Sekurang kurang kita perlukan viral kan maklumat maklumat yang penting dalam Industri pertanian yang dapat dilihat dengan cukup berkesan.

Tidak mustahil laa Menteri Pertanian pada masa kini lebih terserlah dengan adanya Facebooker Facebooker yang tahu menggunakan Media Sosial ini sebagai satu platform yang begitu berkesan yang menampakkan beliau selama ini beliau benar benar berkhidmat untuk rakyat selama beliau menjadi Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bukan itu sahaja sebagai Menteri Pertanian beliau tahu bahawa peranan pengiat media sosial ini menyebarkan sebarang maklumat dengan pantas dan dapat dilihat dengan pelbagai masyarakat dan rakyat boleh menilai potensi bagi seseorang Menteri tersebut.

Untuk pengetahuan para sahabat yang telah mempertikaikan sesuatu bayaran atau insentif yang telah di buat oleh sesetengah Menteri dan janganlah menjadi orang yang terlalu sempit akal dan fikiran kerana para perjuang pengiat media sosial ini hampir bertugas 24 jam sehari. Pengalaman Perdana Hitam sebagai pejuang di dalam media sosial ini juga banyak perlu disampaikan kepada rakyat yang puratanya hampir semua rakyat di dalam Malaysia ataupun di luar negara menggunakan Facebook ingin tahu tentang isu isu Nasional pada masa kini. Dan tidak salah lah jikalau ramai Menteri Menteri lain yang bertindak membayar pengiat media sosial ini untuk sampaikan sebarang maklumat dengan lebih tepat dan jelas. 

Dan ini lah yang rakyat inginkan, mereka perlu tahu apa yang dilakukan pemimpin atasan setelah digelar menteri dan sebagai seorang rakyat Malaysia mereka inginkan apakah tugas tugasan serta sumbangan Menteri yang telah dipilihnya dapat memberi khidmat untuk rakyat Malaysia tampa membilang kaum ugama dan bangsa. Di samping itu juga Perdana Hitam berpendapat bahawa dengan ada nya pengiat pengiat media sosial yang aktif dan mana mana tidak berpeluang dalam perkerjaan dapatlah mereka berpeluang berkerja sebelum mereka mereka ini mempunyai peluang perkerjaan tetap dan sebagainya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...