Isnin, 7 Mei 2018

Panas Panas Calon Pakatan Harapan Putrajaya Dr Samsu Adabi Punyai Hutang Keliling Pingang??

Sebelum nak bertanding bayar hutang dulu

Sudah tersebar sejak beberapa hari ini, sepucuk surat yang kononnya “memperincikan” siapa sebenarnya calon PKR (PPBM) bagi kawasan Parlimen Putrajaya, Dr. Samsu Adabi. Dikatakan di dalam surat tersebut bahawa Dr. Samsu adalah seorang yang pernah terlibat sebagai panel pemikir untuk UMNO Selangor sebelum menyertai PPBM setelah tidak dinamakan sebagai calon pilihanraya di kampung halamannya di Kelantan.

Menurut sumber dalaman PPBM yang dihubungi, mengesahkan perkara ini (menjadi panel pemikir UMNO Selangor) dan Dr. Samsu memang tidak pernah menyembunyikannya. Apa pun, kurang sebulan setelah menyertai PPBM, Dr. Samsu dinamakan sebagai calon parti itu di Putrajaya menggunakan lambang PKR. 




Dalam surat itu lagi, Dr. Samsu katanya mempunyai hutang yang banyak setelah gagal dalam beberapa perniagaan berkonsepkan MLM. Dalam beberapa kes, beliau turut didakwa menipu beberapa orang semasa menjalankan perniagaannya. Dr. Samsu memilih dikatakan berharap setelah menyertai politik dan menang di Putrajaya, beliau mampu menyelesaikan semua masalah hutang tersebut. Keseluruhan isi kandungan surat berkenaan boleh dibaca dibawah. 

Walaupun boleh dihujahkan bahawa penyebaran surat seperti ini hanyalah gimik pilihanraya sahaja, tapi Dr. Samsu sendiri perlu tampil menjelaskan keadaan yang sebenar agar rakyat di Parlimen Putrajaya tidak terkeliru dan membuat pilihan yang salah. Timbul juga persoalan bagaimana PPBM memilih calon tanpa menyelidik latar belakangnya terlebih dahulu? Main tangkap muat sajakah? Justeru, penyebaran surat ini memerlukan penjelasan segera dari PPBM atau Dr. Samsu sendiri. 


Berdiam diri sahaja tidak akan menyelesaikan masalah kerana masalah berkaitan hutang ini sangat berat. Bagaimana jika setelah berjaya menjadi ahli Parlimen Putrajaya, Dr. Samsu diisytihar muflis dan kerusi itu terpaksa dikosongkan? Rekod menunjukkan parti pemerintah mempunyai kelebihan yang besar jika pilihanraya kecil diadakan dan ini sudah terbukti sewaktu kempen pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

SUMBER DARI
http://www.suarapakatanharapan.com/2018/05/07/calon-pakatan-harapan-putrajaya-punya-hutang-keliling-pinggang/

Rabu, 28 Mac 2018

Rakyat Harus Faham Kenapa SPR Melaksanakan Persempadaan Semula?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa melaksanakan persempadanan semula kerana terdapat Parlimen mempunyai lebih dari 100,000 orang. Persempadanan semula dibuat adalah untuk memberi hak kepada rakyat supaya dapat dilayan oleh Ahli Parlimen sekiranya rakyat memerlukan bantuan

Laporan kajian semula persempadanan mengenai syor-syor yang dicadangkan bagi bahagian-bahagian pilihan raya dibentang di Dewan Rakyat penting bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik. 

Ketua Pergerakan Pemuda Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, persempadanan semula ini untuk memastikan setiap kawasan yang mempunyai jumlah penduduk agak padat dapat ditadbir oleh seorang ahli Parlimen. 

Sekiranya terdapat dua pertiga ahli Parlimen yang bersetuju, adalah lebih bagus apabila pertambahan kawasan Parlimen dilaksanakan dan rakyat akan mendapat perkhidmatan yang lebih baik. 

“Namun, jika sebaliknya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan persempadanan semula kerana terdapat Parlimen yang mempunyai lebihan penduduk sehingga mencecah 100,000 orang. Hal ini memerlukan persempadanan semula dibuat untuk memberikan hak kepada rakyat untuk dilayan oleh Ahli Parlimen mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Hari ini, Dewan Rakyat akan membentangkan laporan kajian semula persempadanan mengenai syor-syor yang dicadangkan bagi bahagian-bahagian pilihan raya bagi Persekutuan dan negeri di dalam negeri-negeri Tanah Melayu kali ke-6, 2018

Sabtu, 24 Februari 2018

@Tengkuadnanreal Harap Calon BN #PRU14 Tidak Diumumkan Sebelum Dipersetujui Oleh @NajibRazak

Senarai Calon PRU 14 telah diserahkan untuk perhatian PRESIDEN

Senarai calon yang bakal mewakili UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) telah diserahkan kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. 

Beliau berkata Najib dan Naib Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti sedang dalam rangka bertemu semua ketua bahagian UMNO bagi memperhalusi senarai calon itu. 

“Ini untuk memastikan calon yang diberi adalah yang disukai rakyat, bukannya semata-mata pilihan parti atau individu tertentu,” kata Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan 

Sementara itu juga beliau berkata berdasarkan senarai berkenaan, peratusan calon muda dan berpengalaman adalah seimbang. Berhubung muka lama yang pernah tewas  dalam PRU sebelum ini tetapi berhasrat  bertanding semula pada PRU14, 

Namun Datuk Seri Tengku Adnan berkata  peluang masih terbuka dan kepada mereka yang ingin bertanding semula perlu mengemukakan alasan bagi kekalahan lalu dan bagaimana memenanginya pada PRU14. 

“Mereka boleh mempromosi diri sendiri tetapi perlu bersedia menerima hakikat sekiranya tidak dipilih kerana tindakan mempromosi dibuat mereka sendiri, bukannya oleh parti,” katanya. 

Tengku Adnan berkata UMNO mempunyai mekanisme tersendiri dalam menentukan calon pilihan raya selain tapisan oleh agensi tertentu seperti polis, Jabatan Insolvensi dan Suruhanraya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengenai tindakan parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan MIC yang dilihat terkedepan dalam mengumumkan calon PRU14 bagi kawasan tertentu berbanding UMNO, Tengku Adnan berkata ia mungkin disebabkan jumlah calon dan kerusi bagi parti terbabit adalah sedikit berbanding UMNO.

“Mereka boleh umum tetapi kita akur kepada saranan presiden agar ia tidak dilakukan sehingga pengumuman rasmi calon dibuat apabila tiba masanya,” kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN.

Freemason Telah Lama Wujud Sejak Tahun 1916 @NajibRazak @tengkuadnanreal

Kisah Tahyul Pembangkang Memburukkan Kerajaan Mengenai Freemason di Bukit Jalil dan Membuat Tuduhan Kepada Najib Razak & Tengku Adnan
  1. Menjelang PRU-14 kita akan dengar macam-macam cerita tahyul untuk memburukkan kerajaan. Terbaharu kononnya Najib Razak dan Tengku Adnan Tengku Mansor membenarkan pembinaan sebuah bangunan yang menjadi pusat aktiviti Freemason dan Kuil Yahudi. 
  2. Faktanya, bangunan tersebut diluluskan pembinaan pada 2008. Dalam syarat pembinaan adalah jelas bangunan tersebut hanya dibenarkan kegunaan untuk aktiviti tempatan dan bukan acara keagamaan. 
  3. Jadi jelas kelulusan pembinaan bangunan tersebut bukan dibuat semasa Najib Razak menjadi Perdana Menteri atau Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. 
  4. Namun lebih penting, kedua-dua syarat pembangunan bangunan serbaguna ini jelas menafikan tuduhan bahawa bangunan tersebut diluluskan oleh Kerajaan BN sebagai kuil Yahudi atau pusat kegiatan Freemason. 
  5. Apa yang lebih bangang lagi, apa masalah jika pun ia kuil Yahudi. Negara ini tidak pernah mengamalkan diskriminasi agama. 
  6. Dasar Malaysia ialah anti-zionis bukan anti-Yahudi. Jika ada penyokong Pakatan tidak faham elok berhenti cakap hal politik negara. 
  7. Syarat pembangunan juga menyatakan ia hanya untuk kegunaan aktiviti tempatan. Oleh kerana Freemason adalah aktiviti antarabangsa maka sekaligus ia menafikan tuduhan bahawa Najib Razak meluluskan pembinaan bangunan untuk aktiviti Freemason. 
  8. Dan untuk yang suka merepek, Freemason tidak pernah dianggap sebagai satu aktiviti haram di negara ini. Jadi mengadakan apa-apa aktiviti freemason di negara ini bukan satu kesalahan walaupun boleh menimbulkan syak wasangka kepada orang Islam. 
  9. Freemason telah wujud di negara ini sejak 1916 dan tidak pernah diharamkan termasuk pada zaman kegemilangan Mahathir-Anwar Ibrahim. 
Credit : FB Abd Jalil Backer

Rabu, 14 Februari 2018

Pembangkang Hilang Akal Melihat Bangunan KWSP Terbakar @NajibRazak @Zahid_hamidi @tengkuadnanreal


Duit KWSP Tidak Hilang, Yang Hilang Adalah Otak Penyokong Pembangkang Sejak bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Petaling Jaya terbakar semalam, banyak komen-komen bodoh menghiasi garis masa Facebook. 

Lebih menyakitkan hati komen tidak berotak itu menunjukkan tahap di mana penyokong pembangkang ini berada. Mereka sibuk menulis komen-komen berbaur fitnah dan bodoh semata-mata untuk menyebar propaganda mereka. Kebanyakannya adalah penyokong pembangkang yang menghina tahap intelektual rakyat Malaysia dengan menulis komen tidak masuk akal itu. 

Sepatutnya mereka bersyukur kerana lebih 600 kakitangan dan pelanggan yang berada di dalam bangunan KWSP itu selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Malangnya pembangkang sibuk menulis status bodoh dalam media sosial kononnya dengan terbakarnya bangunan KWSP itu maka habislah terbakar semua duit pencarum.

Bukan itu sahaja ada juga yang membuat tuduhan kononnya KWSP mahu melengah-lengahkan pembayaran dividen sebanyak 6.9 peratus yang diumumkan baru-baru, itu sebab berlakunya kebakaran. Alangkah jahilnya mereka ini. 

Bangunan KWSP yang terbakar ini dikaitkan dengan bangunan polis di Bukit Aman yang pernah terbakar suatu masa lalu. Apa perlunya membuat perbandingan berkenaan? Bukannya rekod dan data pencarum KWSP ditulis dengan tangan kemudian disimpan dalam almari. Sekarang zaman teknologi canggih, sudah pasti semua data itu disimpan di dalam sistem komputer. 

Antara yang membuat komen tidak masuk akal itu adalah editor Malaysia kini, Pramesh Chandran yang menulis di dalam Facebooknya dengan kapsyen `savings up in flames!' Akibatnya Pramesh telah dibelasah. Sama ada beliau sengaja menulis demikian sebagai sindiran atau memang beliau betul-betul tidak tahu, namun ia menunjukkan kebodohan beliau sendiri. 

Jika bangunan KWSP di Petaling itu terbakar, orang ramai masih boleh berurusan di pejabat KWSP yang lain kerana bukannya duit pencarum di simpan dalam bangunan dan hangus terbakar pun. 

KWSP sendiri memberi jaminan kepada pencarum bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas akibat kebakaran terbabit. Orang ramai yang mahu melakukan transaksi dengan KWSP dinasihatkan cawangan terdekat yang terletak di ibu pejabat KWSP Jalan Raja Laut. 

Dan jika pencarum masih keliru atau hampir terpedaya dengan dakyah palsu pembangkang kononnya semua duit mereka hangus, silalah hubungi pusat pengurusan pelanggan KWSP di 03-89226000 atau menghantar pertanyaan melalui laman web myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my untuk pertanyaan lanjut. Jangan percaya dengan berita palsu dan propaganda itu. 

Siasat sendiri lebih baik daripada bergantung kepada penyokong pembangkang yang bodoh ini. Elok sangatlah ditangkap mereka yang sebar berita palsu ini. Badan sahaja besar macam badak, tetapi tiada otak. Bank Negara zaman Mahathir tidak terbakar pun, tetapi kenapa hilang sampai RM31.5 billion?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...