Memaparkan catatan dengan label Nora Danish. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nora Danish. Papar semua catatan

Ahad, 5 Februari 2012

BENARKAH NORA DANISH DAN KHAIRUL FAHME BERDATING


Gosip Gosip Gosip

NORA DANISH DAN KHAIRUL FAHME BERDATING | Salam sejahtera semua.baru-baru ini gosip pasal apek (khairul fahme che mat) tersebar yang apek seorang perampas tunang orang dan kini sudah terbukti itu hanyalah satu fitnah semata-mata.

Dan tidak lama selepas itu hari ini saya pula terbaca gosip terbaru apek dimana apek kini tengah hangat berdating dengan janda manis iaitu Nora Danish yang baru beberapa bulan sahaja bercerai dengan suaminya. 

Isnin, 30 Januari 2012

Nora Danish Sedang Hangat Bercinta Dengan Penuntut Kolej


Pelakon jelita, Nora Danish menolak dakwaan kononnya dia sedang hangat bercinta dengan seorang penuntut kolej swasta yang jauh lebih muda darinya. 

Nora berkata, tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali dan dia memberitahu tidak pernah mengenali mana-mana lelaki yang masih menuntut di kolej.

"Saya langsung tidak tahu menahu mengenai lelaki yang dimaksudkan kerana tidak pernah kenal mana-mana penuntut kolej apatah lagi untuk bercinta," ujarnya kepada mStar Online. 

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai berita perkahwinan bekas suaminya dengan pelakon Fasha Sandha, Nora memberitahu dia tidak hak untuk bercakap mengenai perkara berkenaan kerana ia bukan urusannya. Nora bagaimanapun berkata, jika perkara berkenaan benar dia gembira untuk kedua-dua pasangan itu dan berharap mereka akan bahagia.  

"Saya hanya boleh mendoakan semoga mereka bahagia dan selebihnya saya tiada hak untuk bercakap atau komen mengenai keputusan mereka," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Nora berkata jadualnya tahun ini padat dengan pelbagai tawaran berlakon dan tiada masa untuk memikirkan soal perkahwinan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...