Memaparkan catatan dengan label Judi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Judi. Papar semua catatan

Rabu, 15 Februari 2012

Tukang Urut Berbogel Ketika Mengurut Pelangan


Sekadar Gambar Hiasan Sahaja

Mengurut pelanggan secara bogel. Itu tawaran istimewa yang disediakan sebuah premis urut kepada pelanggannya. Pemilik premis di Bandar Puteri di sini, boleh diibaratkan ‘tidak makan saman’ kera­na pernah diserbu polis, bulan lalu. 

Bagaimanapun, kedegilan pemilik premis itu memaksa polis melakukan sekali lagi serbuan, awal pagi semalam. Ketika serbuan dilakukan, seorang tukang urut wanita warga asing sedang berbogel semasa mengurut seorang pelanggan. 

Gempur Premis Judi 22 Kaki Judi Di Tahan


Kegiatan perjudian berkomputer di negeri ini terus digempur pihak berkuasa apabila seramai 22 kaki judi termasuk tiga wanita ditahan ketika leka berjudi di dua buah premis berasingan di sini semalam. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, operasi yang dilakukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri itu turut disertai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). 

Isnin, 13 Februari 2012

Taktik Premis Judi Tawarkan Cabutan Bertuah Kepada Pelangan


Sekiranya kalah berjudi, pelanggan masih boleh mengharapkan nasib untuk memenangi hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai. Sebuah premis di Petaling Jaya City Centre (PJCC), memberi kad mempunyai nombor cabutan bertuah secara percuma kepada yang datang bermain judi berkomputer di situ sebagai daya penarik kepada pelanggan termasuk pelajar sekolah yang tinggal di Taman Medan dan Taman Datuk Harun.

Sinar Harian mendapati lebih 500 kad cabutan bertuah dikumpulkan di dalam sebuah kotak khas. Bagaimanapun, ‘nyawa’ premis yang baru dua minggu beroperasi itu berakhir, selepas diserbu polis dari Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) dengan bantuan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, malam kelmarin. 

Ahad, 12 Februari 2012

Kantoi Pasangan Sedang Buat Maksiat Dalam Kereta


Sepasang pasangan telah di rakam aksi mereka berdua duaan di dalam kereta sedang bermesra. Mereka tidak menghiraukan keadaan sekeliling di Taman Rekriasi di Shah Alam Semalam


Sabtu, 28 Januari 2012

'Tandas Perempuan' Jadi Pintu Laluan Judi Haram


Taktik pengusaha sebuah pusat hiburan di sini yang meletakkan label 'tandas perempuan' pada sebuah pintu di dalam premis bagi melindungi aktiviti perjudian haram, terbongkar dalam serbuan polis terhadap pusat hiburan itu semalam. 

Serbuan oleh Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang diketuai ASP Emmi Shah Fadhil mendapati pintu berkenaan sebenarnya ialah laluan untuk pelanggan bermain mesin judi haram. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...