Jumaat, 3 November 2017

@tengkuadnanreal Berkata Halangan Kepada Sistem Saliran Adalah Punca Banjir Kilat Di Lebuhraya Persekutuan



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur - DBKL telah mengarahkan pihak terlibat untuk menaik taraf longkang dan menyelenggara kolam tahanan sedia ada untuk mengekalkan kapasiti paras air.


Dalam kejadian hujan lebat yang telah berlaku di Kuala Lumpur selama 1 jam 20 minit dan telah mengakibatkan halangan kepada sistem saliran sedia ada dan taburan hujan yang lebat dikenal pasti menjadi punca kepada kejadian banjir kilat di Lebuhraya Persekutuan, pada 30 Oktober 2017 . 

Memurut Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata jalan yang dinaiki air itu di kawal selia Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan di bawah konsesi Lebuhraya Sprint. Menurut beliau lagi hujan lebat yang berlaku ini bersifat sementara dengan intensiti hujan pada waktu kejadian adalah selama 1 jam  20 minit dengan kadar hujan 86.55mm. “Kadar biasa penurunan hujan adalah sekitar 50mm hingga 60mm,” katanya. 

Dan pihak DBKL telah mengarahkan pihak pemaju yang terlibat untuk menaik taraf sistem longkang dan menyelengara kolam tahanan yang sedia ada bagi mengekalkan kapasiti paras air ketika berlaku hujan lebat. Dan ini adalah salah satu sebab banjir kerana terdapat pembangunan yang berdekatan kawasan banjir dan ini adalah merupakan projek pembinaan Lebuhraya Setiawangsa Pantai Express (SPE DUKE 3) dan projek pembangunan South City. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...