Isnin, 2 Oktober 2017

LIM GUAN ENG Gagal Takbir Urus Kerajaan Pulau Pinang Hanya Tinggal Telur Dihujung Tanduk


Ketua Menteri Pulau Pinang Sering memanipulasikan isu-isu negeri dan selalu menyalahkan kerajaan pusat 


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP dilihat gagal memberikan perancangan pembangunan yang berkesan kepada rakyat di negeri ini. Beliau berkata kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng juga gagal menyelesaikan pelbagai permasalahan yang melanda Pulau Pinang sejak DAP mentadbirnya selama sembilan tahun. 

Menurut Pengerusi Majlis Tindakan Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman membuktikan bahawa kerajaan pusat telah membelanjakan RM2 bilion untuk projek tebatan di negeri tetapi hanya RM300,000 dibelanjakan kerajaan pusat berdasarkan rekod yang diperiksanya dan mempersoalkan baki daripada peruntukan tersebut

"Ini bermakna rakyat boleh melihat sekarang tembelang (Lim Guan Eng) sudah pecah. Selama memerintah Pulau Pinang selama sembilan tahun ini, kita lihat beliau cuba memanipulasikan isu-isu negeri ini dengan menyalahkan kerajaan terdahulu berkenaan isu rakyat yang gagal diselesaikannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MCA di Pulau Pinang 

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata ketua menteri Pulau Pinang itu hanya menabur pelbagai janji tetapi tidak menyelesaikan masalah yang melanda negeri itu termasuk masalah banjir, isu kesesakan lalu lintas dan alam persekitaran. "Saya rasa rakyat Pulau Pinang sudah muak dengan cara beliau (Lim) yang telah memberikan satu keadaan yang buruk kepada negeri ini apabila pelbagai permasalahan tidak dapat diselesaikan," katanya, 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...