Khamis, 28 September 2017

@Zahid_Hamidi Sejak Dari 2015 Sehingga Kini Gejala Judi Tidak Akan Selesai Jika Terdapat Ada Dalang Yang Bersubahat Dengan Pengusaha Pusat Perjudian



Sejak dari tahun 2015 satu pasukan gerak khas dan polis STAGG bagi menghapuskan anti maksiat,judi dan jenayah yang dilancarkan oleh Tim. Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi menyatakan pada tahun 2015 siasatan segera secara terperinci harus dibuat kepada anggota PDRM yang terlibat berkompromi dengan gejala judi dan maksiat. 

Malah sehingga kini pada tahun 2017 masih terdapat pusat pusat perjudian yang masih lagi beroperasi seperti biasa dan ada mereka juga turut menawarkan perjudian secara online dimana pelangan boleh download Apps tersebut di dalam Smart Phone bagi memudahkan pelangan boleh bermain judi secara online tanpa berada di pusat pusat perjudian.   

Berikutan apabila terdapat satu video klip tentang seorang Pegawai Polis Negeri yang telah berkompromi dengan pengusaha pusat judi akan mengambil tindakan mengikut peraturan dan undang-undang yang sedia ada sekiranya terbukti kesahihan terhadap pegawai yang terlibat seperti didakwa.

Ketua polis Johor Datuk Mohd Khalil Khader Mohd berkata kepada pemberita selepas mesyuarat bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di sini hari ini yang dihadiri naib pengerusi kanan MCPF Tan Sri Lee Lam Thye dan pengerusi MCPF Johor Datuk Freddie Long Hoo Hin. 

Video berdurasi kira-kira empat minit itu mendakwa pusat judi di negara ini dipayungi polis manakala terdapat seorang pegawai polis di sebuah daerah di negeri ini turut bersekongkol dengan pengusaha judi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...