Ahad, 14 Februari 2016

Dimanakah Keadilan Pihak Berkuasa PDRM Apabila Pembelaan Membawa Padah? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @PDRMsia

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM En Yusuf Azmi telah dipanggil oleh pihak Polis untuk memberi keterangan berkenaan Kes Gores & Menang

Kejadian tersebut berlaku apabila salah seorang agent sendikit gores dan memang yang berbangsa melayu berkerja dengan syarikat gores dan memang telah membuat laporan polis terhadap Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM En Yusuf Azmi dan beliau telah mendakwa bahawa Yusuf Azmi telah menahan beliau di Pejabat PPIM Villa Putri. Malah pada kejadian tersebut En Yusuf Azmi tidak berada di pejabat pada waktu itu dan beliau mengatakan beliau tidak pernah mengarah mana mana aktivis PPIM melakukan sesuatu pekara tampa pengetahuan beliau.


Video diatas menceritakan bagai mana salah seorang bekas anggota polis berpangkat ACP telah ditipu oleh pihak gores dan memang dan beliau telah meminta pertolongan dari pihak PPIM untuk membantu beliau mendapatkan wang mereka semula sejumlah RM50,000 dari pihak gores dan memang.


Malah dimanakah sikap keadilan pihak berkuasa PDRM, apabila penjenayah membuat laporan polis dan dengan kadar segera pihak PDRM bertindak untuk menahan orang yang memberi pertolongan kepada mangsa yang ditipu oleh pihak gores dan memang. Ini bermakna ada dikalangan pihak berkuasa PDRM seolah olah memihak penjenayah atau mungkin pihak gores & memang telah menawarkan habuan lumayan kepada pihak PDRM untuk menahan aktivis aktivis PPIM bagi melumpuhkan organisasi PPIM itu sendiri.

Apa yang kita lihat pada waktu ini banyak kejadian seperti kes along dan kes penipuan gores dan memang mula merasakan operasi mereka dipantau aktivis aktivis PPIM dan mereka tidak sewenang wenangnya beroperasi seperti biasa.

                    











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...