Baru baru
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ,Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal telah
memperkenalkan satu mekanisme baharu “iaitu Dasar pemisah atau dikenali Exit Policy” yang akan mengakibatkan ramai pegawai kerajaan
dari sektor penjawat awam yang mendapat pretasi rendah dari golongan penjawat
awam kakitangan bawahan menjadi mangsa tekanan untuk menindas penjawat awam
bawahan supaya penjawat awam tersebut boleh dibuang kerja tampa rasa sempati dan belas
kasihan. Dan seharusnya sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam seharusnya
melihat semula serta mengkaji tindakan tindakan yang hendak dilakukan supaya
semua tindakan tidak menjadi kemarahan kepada pegawai kerajaan setelah mereka
tidak lagi berkhidmat sebagai penjawat awam kakitangan kerajaan.
Sebagai
penjawat awam kakitangan kerajaan yang berpangkat rendah seperti Kerani,
Pembantu Am Rendah dan juga Pemandu mereka tahu bahawa mereka akan dinilai oleh
pegawai pegawai atasan yang mungkin mempunyai sifat yang ketidakpuasan hati atau
sifat busut hati terhadap pegawai (dengan
niat untuk memberhentikan pegawai tersebut) atau dengan
sengaja menberhentikan pegawai tersebut memberi pelbagai alasan untuk
memberhentikan pegawai tersebut dan mereka menilai penjawat awam tersebut dengan
markah yang lebih rendah.
Pekara ini telah
banyak berlaku dikalangan penjawat awam bawahan di mana mereka dinilai tidak
lebihi dari 65%, dan pekara ini ternyata berlaku dikalangan penjawat awam
bawahan, yang mana ada dikalangan mereka mula merasa kecewa apabila mereka telah
berkhidmat dengan kerajaan lebih 15 tahun tampa mendapat sebarang anugerah atau
sebarang penghargaan dari pihak kerajaan serta pegawai atasan di sepanjang mereka berkhidmat dalam sektor
kerajaan. Ini adalah sifat DIKTATOR
yang di tunjukan oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam sepertimana yang sering dilaungkan oleh Tan Sri Ali Hamsa Ketua Setiausaha
Negara yang ingin “Merakyatkan Perkhidmatan Awam” .
Sebagai
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, ramai penjawat awam bawahan yang ingin
bertanyakan pelbagai soalan apakah definasi serta guard line untuk seseorang
penjawat awam bawahan boleh dikenakan tindakan diberhentikan kerja.
SOALAN
- Siapakah yang harus berada didalam komuniti mesyuarat bagi memastikan seseorang penjawat itu benar benar bersalah dan boleh diambil tindakan dibuang kerja dan adakah dikalangan pegawai pegawai atasan sahaja yang dilantik menjadi komuniti mesyuarat tersebut?
- Dan jika Pegawai Kanan Kerajaan siapakah yang harus dipertanggungjawabkan untuk menilai mereka adakah dikalangan pegawai pegawai bawahan mereka sahaja akan menilai tugas tugasan mereka?
- Sebelum Pegawai kerajaan dianbil tindakan diberhentikan kerja adakah pihak Jabatan Perkhidmatan Awam mempunyai sekumpulan siasatan khas iaitu team khas untuk menyiasat individu tersebut supaya beliau benar benar didapati bersalah atau sekadar hanya mendapat laporan penilaian dari pihak agensi agensi kerajaan terus diberhentikan sahaja?
- Dan adakah pegawai atasan akan melibatkan pegawai kakitangan bawahan seperti Pembantu Am Rendah, Pemandu dan sebagainya akan dilantik didalam komuniti dan semua yang terlibat dalam komuniti ini akan layak diberi elaun oleh pihak agensi kerajaan.?
Selalunya
kebanyakan Pegawai Atasan akan memberi jawapan yang paling mudah kepada pihak pihak
tertentu atau pun kepada penjawat awam bawahan terlibat “Agensi
Kita tak perlukan semua itu kerana telah dipertanggungjawabkan oleh setiap
agensi agensi kerajaan yang ada pasa masa kini” ternyata
inilah jawapan standart dari Pegawai Atasan Kerajaan. Jika ini lah jawapan yang
diberikan oleh Pegawai Atasan ini
bermakna Jabatan Perkhidmatan Awam tidak mempunyai siasatan hanya sekadar untuk
memberhentikan penjawat awam tersebut.
Perjanjian yang akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mungkin akan berlaku berat sebelah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan