Rabu, 21 Januari 2015

Tan Sri @AliHamsa55 Menegaskan Penjawat Awam Sentiasa Mendahului Kepentingan Rakyat @NajibRazak



KENYATAAN YBHG. KETUA SETIAUSAHA NEGARA BERIKUTAN PERUTUSAN KHAS PERKEMBANGAN EKONOMI SEMASA DAN KEDUDUKAN KEWANGAN NEGARA YANG DIBENTANGKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI PADA 20 JANUARI 2015 

1. Warga perkhidmatan awam menyokong penuh langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan berikutan perubahan keadaan persekitaran dan ekonomi semasa yang mempunyai kesan langsung kepada Malaysia sebagai antara Negara dagang terbesar di dunia. 

2. Bersandarkan strategi baru yang akan diambil, Negara mampu untuk mencapai pertumbuhan KDNK antara 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun 2015 dengan kerjasama semua penjawat awam. 



3. Saya mengharapkan agar semua Kementerian dan Jabatan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri demi memastikan strategi rasionalisasi perbelanjaan kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan perbelanjaan mengurus dapat dikurangkan sebanyak RM5.5 bilion. 

4. Dengan itu, saya ingin menekankan agar perbelanjaan pembelian aset-aset baru yang tidak mendesak seperti kenderaan jabatan dan juga lawatan ke luar Negara perlu ditangguhkan bergantung kepada kepentingan berikutan keadaan ekonomi semasa. Pada masa yang sama, semua Kementerian dan Jabatan perlu mengamalkan perbelanjaan berhemah demi mengoptimumkan perbelanjaan mengikut peruntukan masing-masing, dan memastikan adanya value for money tanpa mengabaikan kualiti perkhidmatan. 

5. Seperti yang kita dimaklumkan, Negara tidak berada dalam krisis ekonomi mahupun gawat, dan perbelanjaan pembangunan seperti yang diperuntukkan di dalam Bajet 2015 sebanyak RM48.5 bilion akan tetap dibelanjakan bagi memastikan projek-projek yang memanfaatkan rakyat terus dilaksanakan dan ekonomi negara terus berkembang. 

6. Saya juga berharap penjawat awam akan meneruskan perkhidmatan yang cemerlang dan meningkatkan produktiviti masing-masing dengan sentiasa mendahului kepentingan rakyat dalam menghadapi keadaan semasa. 

TAN SRI DR. ALI HAMSA
 20 JANUARI 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...