Khamis, 18 Disember 2014

@NajibRazak Mahukan Pegawai PTD Mewujudkan Keserasian Antara Kakitangan Bawahan @Alihamsa55



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu 'ikatan emosi' dipupuk antara pemimpin negara dan pegawai perkhidmatan tadbir dan diplomatik (PTD) untuk mewujudkan keserasian dalam memacu visi dan impian negara.

Katanya pemimpin negara dan PTD, yang beliau sifatkan sebagai perkhidmatan perdana, mesti mewujudkan kaedah dan saluran supaya mewujudkan hubungan yang begitu erat dan mesra antara sama satu lain. "Ini bukan retorik politik mesti dalam hati kita ada ikatan emosi. 

(Usaha) ini makan masa tapi perlu dilakukan," katanya pada Wacana Kepimpinan Perdana Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Bersama Perdana Menteri yang dihadiri kira-kira 3,000 pegawai PTD di sini, hari ini. 

Pada majlis itu beliau berkongsi dengan hadirin kenangan bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang mempunyai hubungan yang begitu akrab dengan PTD ketika memimpin negara dan berharap ia dapat diteladani. "Ayahanda saya kenal siapa DO (pegawai daerah) seluruh negara dengan namanya sekali. 

Bapa dia (DO berkenaan) pun ayahanda saya kenal. Ini merupakan cerminan betapa erat hubungan pemimpin dan pegawai pentadbir pada masa itu," katanya. Najib berkata 'ikatan emosi' diperlukan untuk membolehkan pemimpin negara dan PTD berkongsi visi, hasrat dan impian untuk negara. 

Apa yang disaksikan betapa keakraban antara Pegawai dengan kumpulan Sokongan tampa mengirakan Darjat dan Pangkat. Pegawai PTD juga perlu melahirkan sikap rasa simpati dan berjiwa kekeluargaan dikalangan Staf Staf bawahan mereka. Jurang ini ketara apabila ada segelintir pegawai PTD yang merasakan kumpulan sokongan tidak layak atau setaraf dengan jawatan dan pangkat serta darjat yang mereke miliki. Ibarat seperti RASMI PADI "Semakin Berisi Semakin Menunduk"

"Apa yang dikehendaki oleh pemimpin dan rakyat itu juga adalah agenda pentadbir negara iaitu menjadikan negara maju, ekonomi maju dan rakyat sejahtera. Kita mesti kena ada wawasan bersama dan ikatan emosi antara kita," katanya. Najib juga mahukan pegawai PTD peringkat pertengahan diberikan ruang dan peluang secukupnya untuk mewujudkan barisan pelapis yang cukup berpengalaman dan terlatih untuk masa akan datang. 

"Jangan sampai bila nak isi jawatan baru fikir ada orang atau tidak. Sekurang-kurangnya perlu ada 12 orang yang boleh jadi Ketua Setiausaha Negara (KSN)," kata Perdana Menteri. Perdana Menteri turut mengingatkan pegawai PTD supaya mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik kerana golongan itu mewakili perkhidmatan perdana dalam perkhidmatan awam. 

"Jangan ketaq lutut (takut), orang Kedah kata. Mesti jadi individu yang boleh berkomunikasi dengan baik, awak mesti boleh memberikan pendapat. Jangan jumpa pihak media kaku atau gugup. Ketua Setiausaha Negara apabila diminta Kabinet membentangkan laporan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) di Sabah, ia dibuat dengan begitu baik sekali," katanya.

Najib turut mahukan pegawai PTD membantu memberikan penerangan kepada rakyat berhubung cukai barang dan perkhidmatan (CBP) dan rasionalisasi subsidi. Sementara itu Presiden Persatuan Perkhidmatan dan Tadbir Diplomatik (PPTD) Datuk Seri Zainal Rahim Seman dalam ucapan aluannya berkata pada masa ini terdapat lebih 8,000 pegawai PTD di seluruh negara.

Dalam masa yang sama salah seorang Pegawai PTD yang berbangsa india mengucapkan ribuan terima kasih kepada Urusetia yang dapat makanan Vegeterian untuk yang berugama India yang tidak makan makanan yang berdarah.

Wacana itu bertemakan Mencipta Legasi Menelusuri Transformasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...