Ahad, 23 November 2014

@TengkuAdnanReal Mahukan Orang Melayu Bandar Keluar Dari Garis Kemiskinan Tegar @NajibRazak


Dalam satu Konvensyen yang mana Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor sebagai Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya terpaksa mengakui bahawa Warga Putrajaya dan Warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terpaksa berkerja keras untuk menganggung beban dengan arus pembanguan yang bergerak dengan lebih pantas pada tahun 2014. Dan ini tidak dinafikan oleh warga kota terpaksa tempuh segala peredaran zaman dalam golongan anak anak jenerasi Y melalui taraf hidup yang hampir dibawah miskin tegar yang hampir dirasai oleh golongan pendapatan sederhana.


Cabaran  ekonomi baru pada masa kini, salah satu antara orang Melayu dan orang bukan Melayu terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk meningkatkan taraf hidup tampa memikirkan budaya politik pada masa kini yang semakin kucar kacir. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata dasar kerajaan menrealisasikan bahawa orang Melayu masih jauh ketinggalan di belakang bangsa bangsa yang lain dalam segala hak pemilikan dan perniagaan di ibu negara. 

Sebagai Menteri Wilayah Datuk Seri Tengku Adnan  lebih mesra  di gelar Ku Nan atau Ketua  Kampung untuk warga kota yang mengalami kesusahan. Ku Nan  "Mempersoalkan siapa hendak kita persalahkan? Apabila lesen diberi, dipajakkan atau dijual. Hartanah diberi begitulah juga jadinya," katanya semasa berucap pada Konvensyen Umno Wilayah Persekutuan yang dirasmikan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, di Kuala Lumpur, hari ini. 


Tengku Adnan berkata, 20 tahun dahulu orang Melayu pernah memiliki hampir 100% tanah di dalam Wilayah Kuala Lumpur, namun jumlah itu kini berkurangan menjadi hanya 21.7%, ekoran sikap orang Melayu sendiri yang menggadai dan menjual tanah kepada bangsa lain. Selain itu, katanya orang Melayu di Kuala Lumpur juga secara purata menerima gaji antara RM2,000 hingga RM3,000 saja sebulan dan menyumbang kepada statistik atau peratusan golongan miskin bandar. 

Tengku Adnan, yang juga menteri Wilayah Persekutuan, berkata statistik pemilikan rumah juga menunjukkan orang Melayu masih rendah berbanding bangsa lain. "Bayangkanlah, harga rumah di ibu kota paling rendah kira-kira RM300,000 sedangkan kemampuan untuk Melayu bandar sekitar di bawah RM150,000 saja. "Statistik individu yang memohon rumah sewa dan beli daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula berjumlah lebih 42,000 orang, dengan 90% terdiri daripada golongan Melayu," katanya. 

Beliau begitu kuatir secara realitinya itulah yang terpaksa dihadapi oleh orang Melayu di Kuala Lumpur, ditambah dengan kos sara hidup yang menambah bebanan hidup sehingga ada dalam kalangan mereka terpaksa merempat di tempat yang tidak menentu. Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno, menasihati seluruh anggota Umno yang yang menetap di Wilayah Persekutuan perlu memainkan peranan penting membantu dan memastikan segala jurang dan kesempitan hidup orang Melayu di bandar dapat ditangani. 

Tengku Adnan berkata sebagai ahli UMNO beliau tidak mahu melihat "Ada Dikalangan Umno Wilayah Persekutuan tidak mahu melihat ada bangsa kita yang hidup merempat dan melarat sehingga menjadi gelandangan ditanah bumi mereka sendiri. Dan Tengku Adnan mahu melihat keazaman orang Umno Wilayah Persekutuan amat teguh untuk membawa Melayu bandar keluar daripada garis kemiskinan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...