Sabtu, 20 September 2014

PAS Mula Menabur Fitnah Isu Rayolti Di #PRKPengkalanKubor




Khabar yang diterima dari lapangan kempen pilihanraya kecil Pengkalan Kubor jentera kempen PAS cukup lemah menghadapi saat-saat akhir kempen PRK Pengkalan Kubor akibat perbuatan pemimpin mereka yang sudah menabur fitnah. Baru-baru ini ADUN PAS, Meranti cuba menarik perhatian dengan menuduh kerajaan pusat gagal memberi royalti minyak kepada kerajaan Kelantan kerana dana itu sebenarnya disalurkan kepada kerajaan Thai bagi mewujudkan suasana tegang di Selatan Thailand. 

PAS Kelantan lemah hingga beberapa jentera bantuan kempen PAS negeri lain menarik diri akibat perbuatan tidak bermoral YB Mohd Nasarudin tersebut Tapi di Pengkalan Kubor, Kumpulan R, NGO tuntut royalti yang giat berkempen dari rumah ke rumah, buat speaker corner dan pasang banting serata jalan.

Yang peliknya, baru-baru ini pemimpin PAS Datuk Takiyuddin Hassan sendiri minta BN jangan berkempen guna isu royalti, kononnya kes tersebut sudah dibawa ke mahkamah. Bagi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, BN sudah cukup masak dengan muslihat politik PAS.

Menurut beliau, kumpulan R digunakan PAS untuk berkempen dengan sebahagian besar ahli kumpulan tersebut merupakan penyokong PAS. "Dia guna R tapi (disebalik) gerakan itu adalah parti PAS," katanya dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira guru di sekitar daerah ini. "Kumpulan R (bergerak) bawa berita palsu atau fitnah. Jadi kalau kita berdiam diri dalam situasi kempen maka kita tidak bertanggungjawab.



Kita harus beri respon pada perkara itu,"katanya. Muhyiddin sebelum itu ditanya wartawan mengenai kebanjiran poster dan banting dengan logo R di Pengkalan Kubor. Kumpulan tersebut semakin agresif berkempen dengan pergi ke rumah-rumah penduduk selain mengadakan speaker corner di pasar, masjid dan tempat tumpuan pengundi di Pengkalan Kubor. Kerana itu, kata Muhyiddin, kerajaan BN tidak boleh berdiam diri supaya rakyat Kelantan dapat penjelasan sebenar. "Saya telah sebut awal-awal lagi kenyataan yg dibuat mereka tak betul dan kita cabar mereka tunjukkan bukti tuntutan RM12 bilion itu. "Bagi saya yang penting rakyat dan pegundi mesti dapat penjelasan yang betul,"katanya.

Pada hari pertama kempen PRK Pengkalan Kubor, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu mahu semua pihak tidak menjadikan tuntutan royalti bahatn kempen kerana isu tersebut masih di peringkat di mahkamah dan ia tidak boleh dibincangkan di khalayak ramai. "Ingin saya ingatkan bahawa isu royalti masih dalam kes mahkamah dan isu dalam mahkamah adalah isu yang tidak boleh diperbincangkan.

"Jika mana-mana pihak khususnya kerajaan cuba membangkitkan perkara ini kemungkinan dari segi undang-undang kita akan buat laporan kepada pihak yang berkenaan atau mahkamah," katanya. AS sebelum ini mendakwa syarikat minyak dan carigali Petronas tidak membayar royalti berjumlah RM12 bilion kepada kerajaan Kelantan. Muhyiddin bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menganggapnya sebagai fitnah 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...