Selasa, 29 Julai 2014

@AliHamsa55 @NajibRazak Kerajaan Perlu Letak Pegawai Komunikasi Yang Mempunyai Kemahiran Dalam Pengunaan Media Sosial



Kerajaan perlu pandang serius kebanyakan pegawai kakitangan kerajaan yang memegang akuan rasmi kerajaan bukan lah orang yang betul betul faham mengunaka media sosial dengan sebaik mungkin.

Dalam satu kejadian ada pihak yang tak bertanggungjawab mengunakan akuan rasmi kerajaan hanya sekadar gurauan  untuk rakan sepejabat akhirnya noleh mendatangkan kesalahan seperti menyebarkan satu maklumat palsu dan ini juga akan dinilai oleh rakyat biasa akan memandang serong kepada kakitangan awam seolah-oleh kerajaan ini banyak bermain dan tidak serius.

Sebagai contoh apabila Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Bin Tun Razak mengumumkan bantuan khas hari raya sebanyak RM500 ada dikalangan kakitangan awam sengaja mengeluarkan kenyataan mengunakan akaun rasmi kerajaan dalam Facebook bahawa kerajaan akan membayar 2 kali ganda bonus dan sebagainya hanya sekadar gurauan tetapi di pandang serius oleh rakyat biasa diluar sana.

Oleh itu sebagai pihak pegawai tertinggi atasan perlu bijak meletakan orang yang benar benar faham dan tahu mengunakan media sosial ini dan pihak kerajaan tak perlu meletakan pegawai PTD atau pun pegawai PRO sebagai pegawai komunikasi untuk menjaga akaun rasmi kerajaan seperti twitter, Facebook  jabatan dan sebagainya jikalau mereka ini tidak mengenali lebih mendalam mungkin ini akan mendatangkan kemarahan kepada rakyat diluar sana terhadap kerajaan. Dan akaun rasmi kerajaan mestilah orang yang bernar benar mahir dan memahami apa yang disampaikan oleh kerajaan dan pihak tertinggi atasan. 


PUTRAJAYA - Orang ramai yang menjadi mangsa mesej dan akaun palsu di media sosial digesa menjelaskan perkara sebenar di akaun rasmi (sebenar) bagi mengelakkan kekeliruan timbul. 
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pemilik akaun seperti Facebook dan Twitter perlu menjelaskan keadaan sebenar jika akaun mereka telah diceroboh atau dipalsukan untuk memuat naik kenyataan berbaur fitnah dan negatif. 
"Mereka yang merasakan diri mereka dianiaya atau ada orang menggunakan akaun mereka, ataupun orang membuat akaun palsu menggunakan nama mereka, boleh mereka membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).  
"Tetapi dalam masa yang sama mereka sendiri boleh menerangkan melalui akaun (rasmi) benar mereka, jika tunggu siasatan akan mengambil masa lama," katanya ketika ditemui di pejabat kementeriannya di sini, baru-baru ini. Beliau berkata demikian mengulas lanjut penyebaran maklumat palsu yang disebarkan melalui media sosial seperti Twitter, kononnya dikeluarkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengenai MH17.  
Malah perkara itu menjadi kecoh apabila ia dibangkitkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong dalam perbahasan usul tergempar mengenai tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 pada Persidangan Khas Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, minggu lalu. Bagaimanapun Rafizi bangun menafikan dakwaan mengatakan beliau memuat telah naik twit mengatakan kerajaan menggunakan duit rakyat untuk merasuah puak pemisah bagi mendapatkan kotak hitam pesawat MH17.  
Dalam pada itu, Ahmad Shabery juga menyifatkan akaun palsu atau parodi itu adalah sesuatu yang biasa dan merupakan sebahagian daripada perkara negatif dalam media sosial yang perlu dihadapi oleh semua pihak. Namun tegasnya semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk menerangkan kepada umum jika akaun mereka diceroboh atau dibuat pendua.  
"Saya sendiri pun melalui perkara ini, orang menggunakan akaun menyokong saya, tetapi sebenarnya memburukkan saya dengan menyampaikan mesej yang salah dan sebagainya. "Sebab itu semua rakyat kena berhati-hati, tidak semua dalam media sosial itu betul, menggunakan nama orang itu betul, kita kena bertanya dulu apakah ini merupakan akaun sebenar," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...