Isnin, 30 Jun 2014

Apa Citer Dalam Jabatan Kerajaan Mempunyai Musuh Dalam Selimut @NajibRazak @Alihamsa55


Apa dah jadi apabila banyak blog blog yang banyak membantu kerajaan telah di sekat oleh pihak MAMPU JPM. Adakah ini satu agenda pegawai pegawai kerajaan yang ingin menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak yang selaku presiden Parti UMNO yang memerintah kerajaan pada masa kini. Ini bermakna ramai kakitangan kerajaan adalah musuh dalam selimut dan mereka ini juga seperti duri dalam daging.

Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri perlu membuat perapian dalam melantik mana mana pegawai Kakitangan Kerajaan dari jawatan tertinggi Gred Jusa sehingga ke Gred Sokongan tidak menjadi duri dalam daging yang ingin menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan kebanyakan pegawai kakitangan kerajaan tidak mahu mendengar pendapat rakyat serta keluhan daripada pihak akar umbi. Seperti yang disarankan oleh Ketua Setiausaha Negara YBhg Tan Sri Dr Ali Hamsa iaitu Merakyatkan Perkhidmatan Awam.

Dari pihak kerajaan harus bersikap keterbukaan menerima segala kritikan dari mana mana pihak tampa mengira kedudukan pangkat serta darjat dan seharusnya pihak kerajaan perlu melantik beberapa blogger yang mahir dalam isu isu semasa supaya blogger blogger ini dapat membantu pihak pihak kerajaan membuat penyelidikan dan membantu pihak kerajaan membuat keputusan yang lebih tepat dan pantas.

Dari segi hebahan juga pihak kerajaan perlu menggunakan platfom media maya ini yang dikenali media sosial untuk sebarang hebahan seperti yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pertanian serta yang membantu YBhg Datuk Sri Ismail Sabri Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani dengan menggunakan para platfrom media sosial sebagai hebahan kepada rakyat yang berguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...