INI kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun. Kali terakhir adalah pada Mei 1969, berikutan tempias rusuhan kaum di Malaysia ketika itu. Ahad malam tiba-tiba negara jiran kita itu dikejutkan dengan satu rusuhan besar di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire di kawasan yang dikenali ramai sebagai Little India.
Bagi siapa yang selalu ke Singapura, kawasan ini berdekatan dengan pusat beli belah 24 jam yang terkenal iaitu Mustapa Store.
Memang kalau hari minggu, Little India itu jadi port ribuan pekerja asing khususnya warga India dan Bangladesh melepak.
Jika ikut kenyataan polis Singapura, rusuhan tersebut bermula jam 9.23 malam.
Jika selama ini Singapura sering kali mengutuk keganasan polis di Malaysia yang tidak pandai mengawal keganasan, maka kali ini mari sama-sama kita lihat 'kecerdikan' negara Singapura yang bongkak itu.
Tetapi sayang apabila yang diarahkan untuk mengawal rusuhan hanyalah Kontinjen Gurkha bukannya polis warganegara Singapura yang 80% adalah Cina. Nampaknya polis Singapura sendiri takut dengan rusuhan yang terjadi.
Keadaan di Singapura dikatakan teruk dan mungkin darurat akan diumumkan kerana rusuhan semakin merebak dibeberapa buah bandar yang berhampiran.
Rakyat Singapura disarankan berjaga-jaga dengan keadaan ini.
Polis DiRaja Malaysia juga disarankan berjaga-jaga dengan kebanjiran penduduk Singapura yang bakal melarikan diri ke Malaysia bagi menyelamatkan nyawa.
Walaupun Malaysia-Singapura punya hubungan dua hala yang baik tidak sepatutnya pada masa-masa ini PDRM dan kerajaan Malaysia bertindak terlalu baik kepada rakyat Singapura.
Biarkan mereka menanggung kesengsaraan rusuhan.
Biarkan mereka punyai pengalaman rusuhan di negara sendiri. Kami rakyat Malaysia mahu lihat apa yang negara kecil itu mampu lakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan