Sabtu, 7 April 2012

Zuraida Meroyan Telah Melampaui Batas


Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin diingatkan supaya tidak bertindak melampaui batas dalam hal keahlian parti itu jika mahu 'rahsia besar' mengenai beliau tidak didedahkan kepada umum. 

Bekas Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi berkata, beliau bersedia mendedahkan perkara itu dan jika dibongkarkan nanti, Zuraida mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Ampang. 

Katanya, Zuraida selama ini sebagai Ketua PKR Ampang sering memecat ahli jawatankuasa parti itu di peringkat cabang apabila tidak bersetuju dengan beliau atau menegur kepimpinan PKR. 

"Saya terima surat pemecatan (jawatan Ketua Penerangan PKR Ampang) saya itu yang bertarikh 2 April di rumah saya pukul 3 petang semalam yang ditandatangani oleh Zuraida dan ia berkuatkuasa serta-merta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...