Ahad, 15 April 2012

Penghuni Di Putrajaya Marah Dengan Tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) @NajibRazak @TengkuAdnanReal

Baru baru ini penduduk Putrajaya marah dengan tindakan pihak berkuasa BPH Bahagian Pengurusan Hartanah dengan sewenang-wenang nya mengambil tindakan terhadap penghuni kuaters di sebabkan tidak dibenarkan berniaga serta mengasuh anak di premis kuaters sekitar Putrajaya.


Arahan ini telah di keluarkan oleh KSN yang mengarahkan penghuni yang melanggar syarat peraturan kuaters hendaklah mengosongkan premis kuaters tampa soal selidik. Ini juga akan memberi tentangan hebat pada PRU-13 yang akan datang.


Kita semua tahu di dalam kuaters kerajaan di Putrajaya bukan semuanya kakitangan awam hidup dalam kesenangan dan kemewahan. Ada ramai kakitangan awam yang mempunyai isteri tidak berkerja dan mempunyai anak ramai untuk ditanggung dan terpaksa mencari sumber pendapatan yang lain untuk menyara hidup di Putrajaya yang serba mahal.


Tindakan ini tidak munasabah kerana arahan ini boleh di katakan tidak mesra rakyat,  ramai penghuni di Putrajaya marah dengan tindakan yang di buat oleh TKSU(K) JPM serta KSN. Kita semua tahu di dalam kuaters Putrajaya ini terdapat ramai yang mengasuh anak itupun diatas kehendak kakitangan awam yang hendak menjaga anak mereka yang masih kecil semasa mereka berkerja, ada juga yang berniaga sambilan di rumah untuk kesenangan penghuni itu sendiri, dan ada juga yang mengambil tempahan-tempahan di pejabat kerajaan itu sendiri seperti kuih muih untuk dijadikan sajian makan dan minuman dalam mesyurat pejabat mereka sendiri.


Adakah ini boleh dikatakan berat kesalahan kepada penghuni kuaters tersebut. ????????


Tindakan yang dibuat oleh KSN tidak ada keperihantinan terhadap kakitangan awam yang berpendapatan rendah. Hampir semua kakitangan awam rendah yang menduduki kuaters di Putrajaya rasa tidak berpuashati dengan tindakan yang di keluarkan oleh KSN. Prihatinlah janganlah sampai kakitangan awam membrontak ke atas kerajaan dengan mengundi pembangkang.


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...